JALURAN RINDU
Akan kuhidu dada melatiMu
dalam sipu mengelus tangkai
menanti kudanya Pengembala
menghalau seluruh rindu
kembali menguis sekeping malu
di mata rembulanku
Jangan membaca Engkau,
sebelum jendela rasa Kau buka
eja lah ranum anggurNya dengan lidah jiwa
labuhkan sauh hatimu ke dermaga cahaya
selak huruf-huruf dari lontaran gua
biar Omar Khayyam melaga gelas mabuknya
kegelapan selalunya menyergah mereka yang tidur
Bishru al-Hafi tanpa alas kaki mendebu gembur mimpi
mengusap pijar yang berkelabut di bumi hati
Nalar malammu jangan kau calar Piala
Raja-raja dalam kawanan mergastua
akan berhimpun di tebing gunung
tempurungnya sumbing di tetak rindu
Hudhud Balqismu datanglah,
Sulaimanku akan menulis tauhid
Alif
Lam
Mim
Aku yang masih di tanah,
melukah sepiring cinta dari sungai maya
belum sempat melipat rasa,
tiba-tiba Nilam birumu menyapa
menuntun syukurku di derai airmata
tunduk hiba mengusap pusara
menanti keranda cinta
mengusung kita ke nirvana
Ah berbalam temaran kerdipmu lintang
menjalur putik kasihku
yang jatuh terpuruk
menyakar serumpun pilu
ke guri-guri puisimu
tumpah bersama darah
terkocak basah
Kekasih
kususur lereng gunung lukamu
biar lembar duri mendawai hati
cintaMu tetap kudaki
hingga ke puncak hakiki
By: Rajendra Nath Tagore
* Please CLICK HERE to see more poems.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA