* Kita minta kepada Allah, sejambak bunga yang segar, Dia berikan pokok kaktus yang sarat berduri. Kita minta kepada Allah, seekor haiwan kecil yang comel, Dia berikan seekor ulat bulu yang berbisa. Namun jangan sesekali kita berasa kecewa dan menganggap betapa tidak adilnya dunia. Satu hari nanti, kita pasti akan berasa gembira apabila pokok kaktus menghasilkan bunga-bunga yang cantik dan ulat bulu akan berubah menjadi kupu-kupu yang indah....
* Aku mungkin bukan teman yang selalu mengungkapkan kata-kata indah yang mampu menyenangkan dan menggembirakan hatimu, tetapi aku akan pastikan aku tidak akan sesekali mengeluarkan kata-kata hina yang akan menyakiti dan mengguris perasaanmu.....
* Ingatlah! Di saat kita sedang ketawa ada orang lain yang sedang berduka. Namun, di saat kita sedang berduka, biarkanlah mereka terus ketawa.....
CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA