MISTIK RINDU
Mendayung hari
merentas sejuta kemelut rasa
dari resah kepada pilu yang membarah
ombak-ombak prasangka menggugah setia
kelopak-kelopak duka meluruh jatuh
menumbuh pucuk-pucuk gelisah di pantai hati
melautlah desah rindu mendesir tiap waktu
membentuk bongkah kristal dalam mistik qalbu
Kenapa Kau memakmal kimia butir kasihku
menerjemah cinta dikertas algebra logikamu
sedang mistik rinduku meruap buak
berkepul bersama nyawa di dupa jantung
mengukir heliografi di dada piramid cintaku
tak termakna walau pun oleh Ramsis II
Tika thesismu melarut dalam sastera maya
kepenyairan bukanlah segalanya untuk memetik rahasia
Aku & Dia melangkaui deru perahu Columbus
memangkah sejarah benua tanpa santunan fakta
melupakan kapal Tariq ibn Ziad di Andalusia
menutup indahnya al-Hambra disenyum ain-sofea
berpusar di lengkung tangga pagoda
menatap burung anka
Berjalanlah di tanah tinggi utara
berhentilah di Konya mencatat makna
antara wangi & bunga, Matahari & cahaya
jika cinta itu bukan bauran dari kesatuan nyawa
yang meledak jelira di pucak fana,
katakan padaku, ujud Kita untuk apa?
By: TIGER LILY
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA