Wednesday, February 6, 2013

* RESEPI ~ KEPAK AYAM MASAK SOS TIRAM




Bahan-bahannya:
5 ketul kepak ayam - dipotong dua
2 batang serai - diketuk
2-3 camb. sos tiram
1 camt. serbuk lada hitam
sedikit serbuk jintan putih (lebih kurang setengah camca teh)
2 camb. cili kisar
2 camb. sos cili
2 camb. sos tomato
3-4 ulas bawang merah - dikisar
5-6 ulas bawang putih - dikisar
1 batang (kecil) kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5-6 camb. kicap pekat manis
secukupnya air
sedikit garam dan gula
sedikit hirisan cili merah, bawang besar, tomato dan daun bawang untuk hiasan jika perlu

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan dalam kuali atau periuk termasuk air yang agak banyak (seperti memasak rendang kecuali gula, garam dan bahan hiasan).
2. Masak sampai kuah pekat lebih kurang 30-45 minit. Sebelum tutup api lengkapkan rasa dengan garam dan gula (jika perlu).
3. Angkat dan tuang dalam bekas dan hiaskan.



Nota:
Jika anda tidak suka bahagian kepak, boleh gunakan bahagian yang lain juga.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...