Thursday, February 14, 2013

* RESEPI ~ NASI BUTTER BEREMPAH DENGAN AYAM




Bahan-bahan:
(A)
1 camb. minyak sapi
1 camb. butter
(B)
5-6 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketul
5-6 tangkai bunga cengkih
setengah labu bawang besar - di cincang
beberapa helai daun kari
(C)
2-3 ketul ayam - dipotong kecil
2-3 camb. rempah kari
1 camt. serbuk jintan manis
sedikit kunyit serbuk
(D)
2 cawan beras basmati/AAA - dibersihkan
sedikit garam
secukup air (lebih kurang 3 cawan)

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan (A) bersama bahan (B) di dalam periuk hingga naik baunya.
2. Masukkan bahan (C) yang telah digaul dan diperap 10-15 minit.
3. Masak sebentar lagi kemudian masukkan bahan (D), tutup periuk dan biarkan masak.
4. Hidang dan hiaskan mengikut citarasa. 

Jumlah hidangan:
3-4 orang.

Notes:
- Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama lauk pauk lain.
- Boleh masukkan 'mix vegetables' (jagung, karot, kacang pis) jika suka.
- Jumlah air, bergantung kepada jenis beras yang anda guna.
- Bahagian ayam paling sesuai untuk nasi ini, adalah bahagian kepak yang dipotong 2.

* Please CLICK HERE to see more recipes.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...