Sunday, October 6, 2013

* DAUN KARI DAN KEGUNAANNYA DALAM MASAKAN


Gambar Ihsan Google

Lagi, tumbuhan kegemaran saya iaitu pokok kari. Semua orang kenal dan sukakan pokok kari atau daun kari ni. Ia bukan saja mengandungi khasiat tertentu untuk tubuh badan kita, tetapi juga mampu membuatkan makanan yang kita masak menjadi lebih enak. Terlalu mudah sebenarnya. Hanya masukkan beberapa helai daun kari ini ke dalam masakan, makanan kita menjadi bertambah lazat. Biasanya, makanan yang sring dikaitkan dengan daun kari atau pokok kari ni adalah masakan yang dipanggil kari atau gulai berempah sebab tanpa daun kari, ia belum layak dipanggil kari...kan? Hehee....

Cara mengaplikasi, mengikut kehendak dan keinginan anda. Daun kari boleh ditumis bersama bawang atau bahan-bahan lain, digoreng garing dan ditaburkan keatas makanan atau dimasak dan digoreng bersama makanan.

Antara kegunaan daun kari untuk masakan:

1. Bahan tambahan untuk nasi goreng berempah, bercili, berkicap dll.
2. Penambah rasa dalam kari atau gulai berempah ayam, daging, udang dll.
3. Untuk makanan bergoreng seperti maruku, kerepek popia bercili, kuih siput dll.
4. Untuk dimasukkan ke dalam inti seperti kentang, daging cincang, untuk kuih karipap, kuih dadar, kuih cara berlauk, pai, murtabak dll.
5. Penambah selera bagi mee, bihun, kuew teow kari dll.
6. Sebagai bahan tumisan kepada makanan bertumis seperti kacang kuda, ubi kayu, kentang, ayam berempah, nasi berempah dll.

Ok, itu saja setakat ini. Jika ada lagi akan saya tambah senaraikan di sini. Kalau anda ada idea atau cadangan lain, sila kemukakan agar boleh dikongsikan bersama.

~ Thank You ~

4 comments:

  1. saya pun suka daun kari, tapi tak pernah tanam kat laman ni, maklumlah, laman ciput. Pandan banyak, senang pulak nak hidup subur. Rasa macam nak try tanam kari pulak lepas ni. Teringat2 karipap yang intinya dimasukkan daun kari sekali!

    ReplyDelete
  2. kalau masak sambal ikan keli memang sy minta mamaD letak daun kari, ni kira resipi mak sy. ..tak balik kampung dapat makan seakan sama masakan mak sy pon kira oklah ! ..serius sedap perasa asli daun kari ni.

    ReplyDelete
  3. PCL, Zila .... anugerah Allah.... harus kita manfaatkan. Jom pakat pakat tanam dalam pasu hehee...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...