KIAN MELARAT
Hakikat jelas nyata
terlihat amat ketara
namun, kelamnya hati
enggan cuba menghalusi
gagal untuk memahami
malah terkadang
sengaja mengingkari ...
Dalam leka mati terlena
berlarutan hingga ke senja
hati masih lagi kaku
terpaku dan membatu
tanpa cuba mengenal
erti pengorbanan
erti penghijrahan
erti perubahan ...
Berbekal hati yang tenat
kedegilan kian melarat
haloba makin perkasa
ihsan enggan bertapa
biarpun, diri yakin terlalu
betapa singkatnya waktu
namun, masih lagi
enggan cuba melamar
nikmat cinta yang sebenar .....
By: * OZIE MAHSA (1st. February 2013)
* Please CLICK HERE to see more poems.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA