BISA TULANG IKAN
Setelah bersusah payah memukat ikan bagi menanggung kehidupan keluarganya tiba-tiba datang orang lain merampas ikannya itu. Kalau merayu ianya tidak mungkin apatah lagi dengan cara kekerasan sedangkan ia tidak memiliki apa-apa kekuatan. Akhirnya hamba ini pun berdoa kepada Tuhannya, "Ya Allah! Engkau telah ciptakan aku sebagai makhluk yang lemah dan Engkau ciptakan orang lain lebih kuat dan gagah sehingga mereka sesuka hatinya merampas milikku. Maka ciptakanlah makhluk yang lebih kuat dari dia, katakanlah ia agar menjadi ikhtibar kepada semua umat.''
Keluhan si nelayan ini telah diangkat oleh Allah s.w.t. Suatu hari penyamun ini telah merampas seekor ikan agak sangat besar. Ikan ini lalu dimasak dan dihidangkan, maka penyamun ini pun menjamahnya dengan penuh berselera. Tetapi malangnya ketika mencubit ikan tersebut tiba-tiba jarinya tercucuk tulang ikan. Jari yang terkena tulang ikan itu semakin hari semakin membengkak bagaikan kanser. Luka itu menjalar keseluruh tangannya. Menurut pandangan tabib tangannya terpaksa dipotong. Berbagai usaha telah dilakukan tetapi tidak juga mahu sembuh sehingga penyamun ini merasa putus asa.
Pada suatu malam dalam tidurnya ia bermimpi seolah-olah suara nelayan itu memanggilnya, ''Kembalikanlah ikan itu kepadaku, ia bukan milikmu." Bila tersedar dengan tidak semena-mena timbullah perasaan bersalah dalam dirinya. Hatinya tersentuh akibat peringatan dari mimpi itu. "Memang benar ikan yang aku makan itu bukan milikku, aku mesti mengembalikan kepada pemiliknya." Dengan hati yang bersungguh dia pun keluar mencari nelayan itu. Sesampainya di sana, diserahkan wang sepuluh ribu dirham sebagai gantian ikan yang pernah dirampasnya dulu. Hatinya merasa lapang dari desakan perasaan yang selama ini menghantuinya. Dengan izin Allah sejak hari itu luka di jarinya yang nyaris dipotong kembali pulih seperti sediakala.
Source: Diari Islamiah.
* Please CLICK HERE to see more stories.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA