Friday, April 12, 2013

* RESEPI ~ KUIH DADAR/KETAYAP/GULUNG INTI KELAPA


Photo
INTI KELAPA


Bahan-bahan untuk intinya:
1 biji kelapa (saiz sederhana diambil putih sahaja)
1 cawan air
setengah cawan gula merah
setengah cawan gula pasir
secubit garam
sehelai daun pandan/sedikit isi durian

Cara membuatnya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali atau periuk dan kacau sedikit. Buka api dan masak sehingga kering airnya dan biarkan sejuk. Sementara itu bolehlah mula membuat kulitnya (batter).



Bahan-bahan untuk kulit (batter):
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (sederhana pekat)
1 biji telur
secubit garam
sedikit air pandan/pewarna hijau

Cara membuatnya:
Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan. Tuang sesenduk bancuhan (batter) ke dalam kuali leper (yang telah disapukan sedikit minyak) dan ratakan dengan menggunakan belakang senduk (bentuk putaran) perlahan-lahan supaya tidak terlalu tebal. Biarkan masak, angkat dan letak atas pinggan. Ulang sehingga kesemua bancuhan habis. Letakkan inti di bahagian tengah kulit, lipat ke dua sisinya dan gulung dengan cermat. Buat hingga selesai dan hidangkan.

Jumlah hidangan:
Lebih kurang 20 biji

Nota:
- Gunakan gula merah yang berkualiti kerana ia tidak mengandungi pasir atau masakkan (dengan sedikit air) terlebih dahulu gula merah tersebut dan ditapis sebelum digunakan.
- Jika suka manis boleh lebihkan gula (untuk intinya).
- Santan untuk batter boleh juga digantikan dengan susu segar jika suka.
- Sekiranya batter atau bancuhan terlalu pekat dan tebal, bolehlah ditambah sedikit air lagi, kerana kepekatan bergantung kepada jenis (jenama) tepung yang digunakan.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

1 comment:

  1. mudah mngingati rsepi ketayap nie.sedap sgt.tq sharing=)sggh2 la ye ke blog sy=p

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...