KEBUN KATA SEORANG PENDUSTA ~ 2
Katamu ...
raksi cintamu seharum sutera nirmala
mekar melar laksana si kembang kemboja
sekalipun lemas dihujani kata-kata berbisa
biarpun rebah ditikam dek kalimat nista
cinta yang kau beri, takkan hilang wanginya ...
Katamu juga ...
cintamu abadi bak syurga loka
akan tetap bersama, hingga ke hujung usia
kejat pun tubuh menahan amarah
hancur pun badan dikandung tanah
cintamu padaku, tak akan berubah ...
Katamu lagi ...
akulah bidadari, akulah mestika
tiada yang lain menari di minda
hanyalah aku di hatimu bertahta
sumpah mati tak cari pengganti
sampai bila pun kau rela berbakti ...
Namun ...
kata-kata yang kau bina ternyata dusta
waadah yang kau gubah telah pun musnah
kata-kata yang termeterai kini terlerai
kebun katamu tandus, tak lagi dibaja
kering dan gersang bak gurun sahara
makanya ... jola kentara
engkau pendusta
tak berhati dan tak bermata .....
By: * OZIE MAHSA (14th. April 2013)
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA