JENDELA KECIL
Dari jendela kecil, ku cuba menggapai pelangi
dan ku cari sinar buat menerangi kesuraman hati
yang jelas ketara, kian pudar dan hambar
Alhamdulillah, berkat afwah
maka terjalinlah ikatan ukhuwah
tali silaturrahim yang tercetus
mengisi kembali kekosongan kalbu
dan taburan kata-kata motivasi di dadamu
bak inspirasi mematangkan diriku
Pada jendela kecil, ku melihat isi dunia
pun letih bertari, si jari jemari di papan kekunci
ke sana ke mari ku kerah tetikus berlari
intuisi dan naluriku pun turut sama mencari
pastinya, tidak sia-sia hasrat yang telah ku semat
biar pun sejuring cuma ilmu yang ku dapat
pasti kejahilan tak sempat berkarat
Di jendela kecil, yang tirainya dari himpunan aksara
ghairah diri mentafsir runtunan kata-kata
dan leretan kalimat sakti, dari sang pemuisi dunia
justeru di sini jugalah, suratan menemukan aku
dengan bait-bait kata dari puisi-puisi indahmu
yang membuat aku mula mengenali
siapa diriku dan siapa pula dirimu .....
By: * OZIE MAHSA (16th. April 2013)
* Please CLICK HERE to see more POEMS.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA