Thursday, April 18, 2013

* RESIPI ~ BISKUT SEMPERIT




Bahan-bahannya:
1. Butter/marjerin (planta) ~ 250g
2. Gula icing ~ 80-100g (ikut manis)
3. Tepung kastad ~ 150g
4. Tepung jagung ~ 150g
5. Tepung gandum ~ 50g
6. Esen vanila/ros (jika suka) ~ Suku camca kecil
7. Ceri/kismis untuk hiasan

Cara membuatnya:

1- Gaulkan butter/marjerin dan gula dengan senduk kayu hingga sebati (tak perlu sampai kembang).
2- Masukkan tepung jagung dan tepung kastad sedikit demi sedikit. Akhir sekali tepung gandum dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
3- Masukkan ke dalam acuan dan tekan di atas dulang pembakar yang telah disapukan dengan marjerin.
4- Hiaskan dengan bahan hiasan kesukaan anda.
5- Bakar dengan suhu 160c selama 15-20 minit bergantung kepada ketebalan biskut.

Jumlah hidangan:
Lebih kurang 80-90 biji bergantung kepada saiz.

Nota:
- Jika terlalu lembut, boleh tambahkan 1 atau 2 camb. tepung gandum.
- Gunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi untuk hasil yang lebih baik.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

6 comments:

  1. waa kak ozie..mcm2 resepi biskut nih...mcm nak raya pulak..hehe
    nak try buat bulan posa nih... :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Suzy... angin rajin kalau dah sampai camtulah hehee.... buat jangan tak buat tau, dah jadi bagi
    tahu akak heee....

    ReplyDelete
  3. nk tny... xpe ke lau xpukul majrin n gula smpi kembang? sebb setgh resepi kna pukul smpi kembg...

    ReplyDelete
  4. ANONYMOUS.... Kalau saya buat, cuma kacau rata dan sebati je...tak perlu sampai kembang macam buat kek.... t.kasih bertanya....

    ReplyDelete
  5. Wow..ringkasnya resepi..leh le cuba ni..mohon share ye..

    ReplyDelete
  6. thanks Sue..... silakan dear...heee

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...