Wednesday, April 17, 2013

* RESIPI ~ KUIH SAGU/SAGU PANCAWARNA (KUKUS)

Cara Mudah Membuat Kuih Sagu/Sagu Pancawarna


Bahan-bahannya:
1. Sagu biji ~ 1 cawan (170g)
2. Gula pasir ~ Setengah cawan (100g)
3. Pewarna/perasa ~ Secukupnya
4. Kelapa parut muda (putih sahaja) ~ Secukupnya
5. Garam halus ~ Secukupnya

Cara membuatnya:
1- Rendam sagu dalam air bersih selama 2 jam di dalam bekas.
2- Toskan airnya dengan penapis (tak perlu sampai kering airnya).
3- Masukkan gula dan pewarna. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
4- Masukkan campuran sagu tadi ke dalam acuan kecil (yang telah disapukan minyak).
5- Kukus selama 10-15 minit. Setelah masak angkat dan segera tuangkan lebihan air di atas kuih sekiranya ada.
6- Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam, sebelum dihidangkan.


Jumlah hidangan:
Lebih kurang 20 biji

Nota:
- Kelebihan resipi kuih sagu ini ia tidak menggunakan air dan tidak perlu di kacau di periuk atau kuali.
- Untuk memastikan kuih sagu anda elok dan lembut, jangan rendam sagu kurang atau lebih dari 2 jam. Sekiranya 'terlajak' merendam sehingga 3-4 jam, toskan air sehingga kering supaya kuih anda tidak terlalu lembik.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

1 comment:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...