Sunday, May 26, 2013

* KISAH/SEJARAH ISLAM ~ KEINGINAN ADAM DI SYURGA




KEINGINAN ADAM DI SYURGA

Sewaktu sedang berehat-rehat menikmati angin syurga maka terpandanglah Adam kepada dua ekor burung yang sedang bermesraan pada sebatang pohon. Ketika itu timbullah keinginan serta kerinduan di dalam hati Adam pada seseorang. Kerana terlalu asyik berkhayal maka tertidurlah Adam di tempat duduknya itu.

Dalam tidurnya ia bermimpi bertemu dengan seorang gadis cantik jelita sehingga ia rasakan dirinya telah jatuh cinta pada gadis itu. Semasa ia tertidur itu, Allah s.w.t. telah menciptakan seorang gadis sama seperti apa yang Adam mimpikan dalam tidurnya.

Bila tersedar dari tidurnya itu, terperanjat Adam melihat ada seorang perempuan di sisinya bahkan wajahnya saling tak tumpah sama seperti dalam mimpinya. Dengan penuh kehairanan ia bertanya, "Siapakah engkau, apa namamu dan kenapakah kamu kemari?" Jawab perempuan ini, "Tujuan aku ke sini adalah untuk menemanimu dan namaku terpulanglah kepadamu untuk menamakannya." Kalau begitu aku namakanmu 'Hawa' kata Adam.

Setelah lama asyik berpandangan maka timbullah berahi Adam lalu ia cuba merangkul gadis ini. Seketika itu juga datang firman Allah, "Jangan engkau sentuhnya sebelum Aku nikahkan dikau." Kemudian Allah memanggil sekelian malaikat berkumpul untuk menyaksikan pernikahan ini.

Mereka dinikahkan oleh Allah s.w.t. dengan ijab dan kabul serta mas kahwinnya dari emas dan perak yang diambil dari syurga. Setelah diakad mereka diizinkan untuk tinggal di dalam syurga khusus buat mereka berdua.

Sekian

Source: Diari Islamiah


* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...