Sunday, June 2, 2013

* TIP/PETUA ~ CARA TERBAIK MENGHENTIKAN SEDU


Gambar hiasan: Google


Anda sering tersedu? Dan ia mengganggu tugasan dan keselasan anda?Jangan bimbang. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kita cuma perlu yakin dan berusaha untuk mengatasinya... Saya sekadar membantu dengan memberi sedikit panduan yang saya dapat dari pengalaman saya sendiri dan juga info yang saya kutip dari sumber dunia maya kita. Keberkesanannya... hanya dengan kehendak Allah jua. Jom cuba!

CARA-CARA MENGHILANGKAN/MENGHENTIKAN SEDU

Antaranya:

Cara 1. Berdiri tegak, tarik nafas perlahan-lahan kemudian angkat kedua tangan ke atas seperti dalam solat dan rukuk beberapa saat sehingga berasa tenang dan selesa.

Cara 2. Baca Basmalah dan Selawat sebanyak 3 kali. Minum air bersih yang telah dimasak sambil menarik nafas perlahan-lahan.

Cara 3. Tahan nafas selama 10 saat dalam keadaan bersandar atau baring. Tujuannya adalah supaya kita bertenang dan mengawal pernafasan.

Cara 4. Urut bahagian atas atau belakang langit-langit. Ini kerana dengan mengurut di bahagian langit-langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindakbalas pada diaphragm.

 Cara 5. Bernafas di dalam plastik untuk 2-3 minit. Cara ini bertujuan supaya kita boleh mengawal pernafasan.




* Please CLICK HERE to see more TIPS.

~ Thank You ~

5 comments:

  1. Alhamdulillah ilang sedu dgn izin allah dn petua kamj..trm ksh

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Saya tlah mencuba dan ternyata berkesan dgan izinNya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Masya'allah , setelah saya melakukan tips 1 sahaja sedu saya telah berhenti , alhamdulillah terima kasih untuk tips yang dikongsikan . :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih banyak2, sy baru je cuba tdi mmg berkesan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih ya.sngt brkesan. baru guna cara 1 dh brjaya
    Alhamdulillah

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...