Sunday, August 25, 2013

* RESEPI ~ SAYUR LODEH/KUAH LONTONG



Bahan-bahannya:
1. Santan cair ~ 5-6 cawan
2. Kentang ~ 2 biji saiz sederhana dipotong dadu
3. Ikan bilis ~ 10-15 ekor
4. Bawang besar ~ 1 labu dihiris nipis
5. Kunyit serbuk ~ Secukupnya
6. Tauhu ~ 2-3 keping dipotong dadu
7. Tempe ~ 2 keping dipotong setebal setengah inci
8. Cili merah ~ 2-3 biji dipotong serong
9. Kacang panjang ~ 5-6 batang dipotong 1 inci
10. Udang hidup (putih) ~ 200-300 g
11. Soo Hoon ~ Setengah cekak direndam hingga lembut
12. Foo Chuk (dried beancurd) ~ 1 Keping digunting dan direndam 
13. Santan pekat ~ 2 cawan atau secukupnya (dari 2 biji kelapa)
14. Garam ~ Secukupnya

Cara membuatnya:
1. Masukkan bahan 1,2,3,4 dan 5 ke dalam periuk. Buka api dan masak sehingga kentang empuk (lembut).
2. Masukkan bahan 6,7,8 dan 9. Didihkan sehingga kesemua bahan masak dan mesra.
3. Masukkan pula bahan 10,11,12,13,14 dan biarkan mendidih sebentar lagi.
4. Apabila rasanya telah sempurna, angkat dan hidangkan bersama nasi impit.



Jumlah hidangan:
8-10 0rang

Nota:
- Jika anda suka pedas, boleh juga dimakan bersama sambal udang.
- Kuah/Sayur Lodeh ini boleh juga dimakan bersama nasi putih.
- Jika anda suka banyak sayur-sayuran, boleh juga tambahkan sedikit kobis atau karot.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

1 comment:

  1. Terima kasih untuk resepi ini :D

    Daftar Syarikat merupakan Pendaftar Syarikat yang berdaftar dengan SSM.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...