Friday, September 6, 2013

* RESIPI ~ TAT COKLAT/CHOCOLATE TART

Please click on the image to view actual size....




Bahan-bahan untuk kulit tat/pastry:
1. Butter (salted) ~ 180g
2. Gula icing ~ 80g
3. Esen vanila ~ Suku camca teh
4. Telur ~ 1 biji
5. Tepung gandum serbaguna ~ 300g
6. Susu tepung ~ 20g

Cara membuatnya:
1. Pukul bahan 1 dan 2 sehingga lembut dan berkrim.
2. Masukkan bahan 3 dan 4 (yang telah disatukan dan dikacau kedua-duanya terlebih dulu) kemudian pukul lagi sehingga rata.
3. Masukkan pula bahan 5 dan 6, uli sehingga sebati dan rehatkan selama 10 minit.
4. Tekankan adunan ke dalam acuan mengikut saiz yang anda suka dan cucuk-cucukkan di bahagian tengah pastry dengan garfu supaya pastry masak dengan sempurna.
5. Bakar dengan suhu 160c selama 10-25 minit atau sehingga masak.
6. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Bahan-bahan untuk isi tat:
1. Coklat campuran (chocolate compound) ~ 500-600g
2. Coklat urai (chocolate rice) ~ Secukupnya

Cara membuatnya:
1. Hiris atau potong coklat dalam saiz kecil, masukkan ke dalam bekas dan letakkan di atas satu lagi bekas yang telah sedia mendidih (double boiler).
2. Setelah hampir cair, angkat dan kacau lagi supaya tidak berbiji.
3. Masukkan ke dalam 'piping bag', gunting bahagian hujung dan picitkan ke dalam kulit tat yang telah sejuk tadi.
4. Taburkan coklat urai dan biarkan sehingga sejuk dan beku. Untuk lebih cepat, masukkan sebentar ke dalam peti sejuk.

Nota:
Boleh juga masukkan jenis kekacang (yang telah dibakar) kegemaran anda ke dalam coklat.

Tip:
Supaya isi tat (coklat) nampak rata dan cantik, angkat tat yang telah berisi coklat, ketukan bahagian bawah tat ke permukaan meja kerja anda (jangan terlalu kuat) atau goyang-goyangkan tat sampai coklat rata.

Resepi asal untuk kulit tat:
Siti Hajar Anurddin - lil_brodz@yahoo.co.uk
Guru kelas masakan kami semasa di Food Ingredients Resources

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

3 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...