Monday, October 28, 2013

* CERITERA ALAM ~ SOAL HATI




Lazimnya apa saja pekerjaan yang kita minat, akan kita lakukan dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, kalau kita menulis, kita akan melakukannya dengan teliti sehinggalah semuanya selesai. Pun begitu, sekalipun pekerjaan itu sudah selesai dan yakin segalanya telah sempurna, tidak boleh tidak, kita akan semak kembali hasil kerja kita itu berkali-kali sehinggalah kita benar-benar berasa puas hati. Kadang-kadang tu, dari karangan yang pendek akhirnya boleh menjadi karangan yang panjang berjela kerana masih banyak rupanya yang perlu kita tambah dan perbetulkan.

Soalnya, kitakah yang kurang pemerhatian pada awalnya atau hati memang tidak pernah berasa puas dengan apa yang dikerjakan. Hmm... Tepuk dada tanya lah selera. Tepuk dahi soal lah diri... hehee.... Yang penting, apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang positif dan mendatangkan kebaikan serta ada usaha untuk melakukan sesuatu tanpa membuang masa dengan percuma.

Kepada semua penulis-penulis Blogger terutama 'Followers' LAMAN SUTERA, semoga berjaya dan diharapkan agar bahan dan hasil penulisan kita akan semakin berkualiti dan segala usaha kita akan sentiasa diberkati Allah hendaknya.

~ Thank You ~

6 comments:

  1. hehehe... Tepuk dada tanya lah selera. Tepuk dahi soal lah diri...
    kadang tu tepuk dahi padan muke dengan diri sendiri ade gak... kihkihkih....

    yer lah Qzie, harap2 mcm tu lah, penulisan kite bertambah kualiti ttp ape yg penting adalah ape yg kite nak sampaikan, adakah ianya btol2 dpt kepada pembaca.... mudah2an kita perbaiki lagi la yer mana yg perlu diperbaiki....

    ReplyDelete
  2. Betullah. Selalunya kita akan fokus untuk perkara yang kita minat sahaja.

    Saya rasa, semua perkara mampu kita lakukan. Cuma sebab kurang usaha, banyak yang ditinggalkan. :)

    ReplyDelete
  3. Hello Ozie, this coming to you from Canada. Bahasa saya da out of tune, sebelum Merdeka, but boleh faham 32%. I enjoyed reading your very eloquent bahasa...
    Anyway, I suka your previous posting, tu nasigoreng berempah.
    Sedap tu, and I can just imagine wangi dia. Dua pinggan da tentu lichin, ha ha.
    Have a great week and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  4. ZAIMAN - Niat yg positif tu penting, barulah dapat penerimaan yg positif juga.
    WANARIA - Betul tu..keep trying...
    UNCLE LEE - Have a great week to you too. You need to cook it first and feel its tasty...hehe... tq anyway...

    ReplyDelete
  5. yeah zie,..dlm berkarya kita kena pelbagaikan cara dan gaya agar yg datang bertandang cthnya entri blog kita..pembacanya tak mudah merasa bosan..lakukan dgn kikhlasan dari hati.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah..setuju sangat-sangat :-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...