Tuesday, October 22, 2013

* DIARI HATI ~ MERENTAS ALAM MAYA


Image By Google


Bagi sesetengah orang, mereka lebih senang melakukan aktiviti santai di luar rumah seperti keluar berjalan-jalan bersama kawan-kawan bila ada kelapangan masa. Istilah atau takrif orang zaman sekarang ni, 'hang out' atau 'jalan-jalan cari makan'...heee... Pada saya aktiviti sebegitu hanya boleh dilakukan sekali sekala sahaja memandangkan banyak urusan peribadi yang harus diselesaikan di rumah.

Jadi, bagi menghilangkan rasa bosan, Mr. Lap inilah yang menjadi teman setia buat menemani saya merentasi alam maya. Bukan saja 'kami' boleh 'jalan-jalan cari kawan', tapi boleh juga 'jalan-jalan cari ilmu'...hehee.... Yang seiring dan sejalan tu, pasti setuju kan?


Yang paling menyeronokan, bila dapat masuk ke 'kamar' Blogger ni. Salah satu tempat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman, ilham serta ilmu yang tidak seberapa. Di samping itu, dapat pula berinteraksi dengan sahabat-sahabat baharu. Alhamdulillah, semoga berkekalan ukhuwah.


~ Thank You ~

10 comments:

  1. Ya! Diari untuk dikongsi secara umum. Kelebihannya, kita lebih berwaspada ketika menulis, tidak dimasukkan unsur-unsur tidak baik dan yang paling penting, setiap yang dikongsi pasti akan membenih inspirasi kepada pembaca-pembacanya.

    ReplyDelete
  2. wanaria.... betul tu...yg buruk kita simpan buat ikhtibar untuk diri sendiri...yg baik kita kongsi heee

    ReplyDelete
  3. dah macam 'bercinta' dgn blog. kalau masih terkawal dan tak sampai lagha tu alhamdulillah..kadang kita lupa akan tanggungjawab.., sy rasa kita lebih bijak dlm hal ini..mudah2an.

    ReplyDelete
  4. PCL.... Fikir positif...pasti dapat yg positif n... bersederhana....hee

    ReplyDelete
  5. Betl tu.. kekadng smpi termimpi berblogging.. Semoga ukhwah berkekalan & beroleh keberkatan diatas hasil perkongsian yg baik.. amin

    ReplyDelete
  6. setuju sangat . hang out tu kita dpt penat dan habis duit enjoy tu blm tentu 100 % . Klu dating dgn mr.lappy ... mcm2 ado ... yg pasti ilmu saya lbh byk drp dulu ...

    ReplyDelete
  7. SUE-Tq...
    KHIR-Good luck!
    ZA-Memang banyak yg kita dapat...

    ReplyDelete
  8. kalau tetiba lappy sakit. mmg sedih kan,..

    ReplyDelete
  9. Ayu... Lappy sakit, tuannya pun turut sakit hehee

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...