Wednesday, October 16, 2013

* GURINDAM ~ ELAKKAN




Elakkan berkata yang bukan-bukan
tersalah kata kehilangan kawan

Elakkan minum sambil berdiri
ikutlah sunnah pahala menanti

Elakkan makan makanan segera
kesihatan kita perlu dijaga

Elakkan tidur terlalu lewat
bangun pagi mata tak berat

Elakkan pergi ke tempat maksiat
terhindar dosa hidup berkat

Elakkan duduk membuang masa
buat sesuatu dapat pahala

Elakkan mulut dari mencaci
mulut manis kawan tak benci

Elakkan dari suka mengumpat
kurang dosa pahala meningkat

Elakkan membuang sampah merata
bumi bersih segar udara

Elakkan membazir makanan dibeli
ingat fakir sedekah diberi

Elakkan sikap malas beribadah
di akhirat kelak kita tak susah

Elakkan diri suka melepak
jangan malukan emak dan bapak

Elakkan hati suka berprasangka
bersihkan hati murnikan jiwa

Elakkan memakai pakaian ketat
terhindar dosa terjaga aurat

Elakkan sembahyang lewat waktu
ingat sentiasa Allah yang satu

Elakkan berkawan orang tak tentu
diri selamat dari diganggu

Elakkan berjalan tanpa tujuan
manfaatkan masa dengan amalan

Elakkan perkara yang sia-sia
hidup di dunia bukannya lama

Elakkan mengata orang lain
diri sendiri belum terjamin

By: Ozie Mahsa

* Please CLICK HERE to see more GURINDAM.

~ Thank You ~

1 comment:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...