Thursday, October 3, 2013

* PETUA TRADISIONAL ~ 6




1. MERAWAT DEMAM KUNING BAYI
Bersihkan 5-6 batang serai muda dan rebus hingga mengeluarkan bau. Bila ramuan telah suam, lalu mandikan bayi. Lakukan 1 kali sehari.

2. MENGHARUMKAN BAU DALAM KERETA
Letakkan beberapa helai daun pandan yang cukup matang (koyakkan sedikit) di dalam bonet kereta, bawah kerusi depan dan belakang.

3. MENGHILANGKAN BAU BUSUK
Ambil beberapa keping roti putih, koyakkan 2 dan letakkan di tempat-tempat yang berbau seperti dalam bonet kereta, bilik stor, kabinet, microwave, oven, laci dan lain-lain tempat yang kecil. Biarkan beberapa minit sehingga bau busuk hilang barulah dibuang roti tersebut.

4. MENGHALAU SEMUT DARI GULA
Masukkan beberapa batang kayu manis atau beberapa helai daun sireh ke dalam bekas/balang gula.

5. MENGELAKKAN KELAPA PARUT CEPAT BASI
Bungkus kelapa parut dengan daun pisang dan kukus beberapa minit kemudian bolehlah disimpan.

6. DAUN KARI TAHAN LAMA
Celupkan daun kari dengan tangkainya sekali ke dalam minyak panas hingga layu (jangan garing). Angkat, tos dan masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

7. MENGHALUSKAN TUMIT
Parutkan betik muda dan tepekkan pada tumit dan balutkan dengan kain, beberapa minit sebelum tidur. Basuh dan keringkan. Ulang lagi keesokan hari sehingga tumit halus.

8. MENGATASI MASALAH SAKIT DAN TIDAK LAWAS KETIKA MEMBUANG AIR KECIL
Ambil 1 batang lobak putih, buang kulit, cuci dan potong kemudian rebus dengan 2 cawan air. Masak sehingga tinggal kurang 1 cawan dan campurkan sedikit garam. Biarkan suam sebelum diminum. Amalkan sehingga sembuh.

9. MERAWAT PANAU DAN KURAP
Ambil beberapa helai daun Gelenggang yang segar. Tumbuk lumat bersama sedikit kapur makan. Kemudian sapu di bahagian kulit yang dihinggapi penyakit. Lakukan 3 kali sehari.

Please CLICK HERE to see more.

* Kita hanya mampu berusaha. Keberkesanan dan kesembuhan adalah kehendak Allah dan dengan izin-Nya. Maka mulakan sesuatu dengan bacaan Selawat dan Basmallah.

~ Thank You ~

1 comment:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...