Friday, October 18, 2013

* SAJAK ~ RAWAN HATI SEORANG SURI



RAWAN HATI SEORANG SURI

Betapa dalam lautan Segitiga Bermuda
dalam lagi kasih dan cintaku buatmu 
betapa kuat badai taufan Katrina melanda
kuat lagi hembusan prahara rinduku padamu
namun engkau.... tidak pernah tahu

Di perhentian ini...
meskipun tercarik hati, ditikam bisanya si keris sundang
biarpun robek jantungku ini, tertusuk tajamnya hujung pedang
aku tetap menunggu... untuk terus terluka
tetap menanti... untuk terus diperhamba
berkali pun kau tega, aku redha
dan aku... enggan berhenti mengharap
moga yang pahit, akan segera lenyap
kerana kutahu pasti, Tuhan Maha Mengasihani

Di sini... dalam teriknya suria yang memancar
ku tetap menanti, dengan penuh sabar
agar titisan hujan, turun menyimbah bumi bertuah
dan pelangi yang kurindu, akan tersenyum lagi penuh ghairah

Dan engkau di sana... seharusnya lebih mengerti
akan keberadaan kita di alam buana ini
kerana sesungguhnya, aku yang kau panggil suri
adalah... amanah terindah dari Ilahi
maka... genggamlah waadah yang telah terpateri.....

By: * Ozie Mahsa (18th. October 2013)

* Please CLICK HERE to see more POEMS.

~ Thank You ~

2 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...