Image by Google |
Pada saya, seorang sahabat bukan saja sumber inspirasi, tapi juga sumber kekuatan, teman ketika kesunyian dan teman penglipur lara. Tanpa kehadiran seseorang yang dipanggil sahabat, kehidupan ini tiada serinya dan hilang keceriannya kerana kaum keluarga dan saudara mara tidak selalunya dapat menemani dan berada di sisi kita.
Dengan adanya sahabat-sahabat ini, banyak perkara yang boleh kita kongsikan kerana pastinya, sahabat yang boleh kita percayai akan menjadi tempat kita meluahkan rasa dan mungkin juga menjadi teman setia untuk sama-sama 'menadah' dan 'menakung' airmata.... Dan mereka-mereka ini, kalau tak dapat membantu menyelesaikan masalah kita sekalipun, paling tidak, dapat juga meringankan beban fikiran dan mengurangkan sedikit kesedihan.
Justeru itu, kepada semua sahabat-sahabat saya, tidak kira siapa dan di manapun anda berada, di alam maya ini juga tentunya, jutaan terima kasih buat anda semua kerana sudi menjadi sahabat dalam apa juga 'cuaca'...
Dan kepada sahabat-sahabat baik saya yang berada di luar sana, terutama F.S, S.H, A.A, A.M.N, F.L, R.C.M dan ramai lagi, anda tetap di ingatan dan sentiasa berada di hati ini. Kita akan terus menjadi sahabat di dunia dan di akhirat, Insyaallah. Doakan yang terbaik untuk ikatan persahabatan ini agar ia berkekalan dan direstui Ilahi. Salam teramat rindu buat anda semua dan ketahuilah sesungguhnya rasa kasih dan rindu ini akan terus kekal dan tidak pernah pudar....
~ Thank You ~
tanpa sahabat , kita pasti kesunyian ...
ReplyDeleteSahabat sukar dicari.. hargailah mereka sepertimana mereka menghargai kita.. Perkongsian yg penuh manfaat.. t kasih..
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah mempunyai sahabat-sahabat yang baik..bukan mudah nak mencari sahabat yang sehati sejiwa, bersama masa susah dan senang
ReplyDelete