Tuesday, November 12, 2013

* DIARI HATI ~ MINAT, TAPI.......


Gambar hiasan


Saya memang amat meminati bidang sastera atau penulisan sejak di bangku sekolah lagi. Ada jugalah pasang angan-angan nak jadi penulis kononnya. Tapi, setinggi dan sebesar manapun minat, tanpa kesungguhan segalanya adalah mustahil kerana kalau kita melakukan sesuatu, 'ikut angin' hasilnya sudah pasti 'dingin' hehee.... Dulu, saya banyak juga membaca novel-novel dan cerpen serta ada jugalah mengarang sajak-sajak secara suka-suka. Tapi disebabkan saya tidak begitu serius, hasil kerja atau tulisan saya biarkan hilang entah ke mana.

Setelah puluhan tahun, tanpa disengajakan maka tercampaklah ke dunia IT ni.... Dari sinilah, minat dan semangat tu datang semula dan saya rasa, ada tempat yang lebih 'selamat' untuk menyimpan hasil-hasil karya saya sendiri walaupun nilainya tidaklah seberapa. Jadi dengan sedikit usaha, maka terhasillah lebih dari 50 buah sajak yang telah saya abadikan di Blog kesayangan saya ini dan dapat juga saya kongsikan kepada mereka yang meminati bidang yang sama.

Di samping itu, puluhan tahun juga saya menyimpan hasrat untuk menulis novel atau cerpen setidak-tidaknya. Namun, sekali lagi usaha tidak berterusan, bak kata pepatah, 'hangat-hangat tahi ayam' atau 'suam-suam kuku' je. Pun begitu keinginan tetap ada dan seringkali juga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Hatta dengan berkat keinginan yang masih kuat dan tidak mahu ia terus menjadi igauan yang berpanjangan, maka dengan izin Allah, Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menghasilkan sebuah cerpen. Walau pun jalan cerita cerpen tersebut agak ringan, namun saya berasa puas hati kerana itulah satu-satunya cerpen yang saya ada, terhasil dari jari-jemari yang kaku dan minda yang hampir beku...hee.....

Kepada peminat-peminat cerpen yang masih belum berkesempatan untuk membaca hasil karya saya yang tidak seberapa itu, silalah tatapinya dalam LARA HATI LARA (sila klik). Selamat membaca!

* Kritikan anda amat diperlukan.

~ Thank You ~

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. anugerah & jalan yg Allah kurniakan.. semoga terus berjaya.. aamiin.

    ReplyDelete
  2. Wah, bagus kak. Teruskan usaha untuk menulis. Saya pun masih baharu dalam bidang penulisan. Kalau akak mahu cuba lihat kualiti karya akak, cuba hantarkan ke mana-mana media. Kalau tersiar, maksudnya berkualiti. Tetapi kalau tidak, maksudnya kita kena kuatkan usaha lagi dalam bidang penulisan. karya itu, perlu dimurnikan lagi, diedit dan dibaguskan.

    Ada penulis yang mengedit karya sehingga lebih sepuluh kali. Ada juga yang edit, sehingga karya asal berubah sepenuhnya, namun ideanya dikekalkan.

    Selamat berjaya kak! :)

    ReplyDelete
  3. sama kak ruby pun minat dlm bidang penulisan...... sejak dah jadi warga emas ni dah kurang menulis, dah tak de masa, dulu masa zaman sekolah selalu jugak hasil penulisan kak ruby di masukkan dlm majallah sekolah dan utusan pelajar.....

    ReplyDelete
  4. Part menulis novel ni, sayapun jenis yang hangat2 tahi ayam jugak, buat sekerat, tinggal, lepas tu dah malas..hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...