Friday, November 8, 2013

* RESEPI ~ NASI GORENG KICAP DAUN LIMAU PURUT




Bahan-bahan:
1. Nasi putih ~ 3 cawan
2. Bawang putih ~ 3-4 ulas dicincang
3. Bawang besar (merah) ~ Setengah labu dihiris
4. Cili padi ~ 4-5 biji diketuk
5. Daun limau purut ~ 3-4 helai dihiris
6. Udang kering ~ Segenggam ditumbuk
7. Kicap pekat ~ Secukup rasa (masinnya)
8. Sos Tiram ~ 1 camca besar
9. Telur ~ 1 biji 
10. Kobis ~ Secukupnya (untuk hiasan) dihiris halus
11. Minyak ~ Secukupnya untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan 2-3 camb. minyak dalam kuali dan tumiskan bahan 2,3,4,5 dan 6 hingga bawang kekuningan dan naik baunya.
2. Masukkan nasi, sos tiram dan kicap pekat, kacau hingga sebati dan cukup rasa.
3. Buat lubang di bahagian tengah nasi dan masukkan telur, kacau lagi sehingga telur masak.
4. Angkat dan hidangkan dalam pinggan dan hiaskan dengan kobis, telur goreng atau lain-lain.

Saiz hidangan:
2-3 orang

Idea untuk membuat nasi goreng ni saya dapat selepas makan di sebuah restoran cina muslim. Nama nasi goreng yang sebenar saya dah lupa. Dengan mengagak bahan-bahannya, saya cuba buat sendiri. Hasil rasanya walaupun tidak seratus peratus sama tapi tetap menjadi kegemaran kami sekeluarga.

~ Thank You ~

4 comments:

  1. Menyelerakan.. sepinggan makan sorang x cukup ni.. :D Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. Wah, boleh cuba ni. Masak nasi goreng ni tak adalah susah sangat.

    ReplyDelete
  3. thanks Wanariahamiza n K.K... Boleh cuba nanti....

    ReplyDelete
  4. tak pernah guna lgi daun limau purut untuk goreng nasi, biasa paprik dan tomyam je, tapi mesti best kan

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...