Friday, November 22, 2013

* RESIPI ~ KUIH DADAR/KETAYAP/GULUNG INTI KENTANG

Click image to view actual size



Bahan-bahan untuk inti:
1. Kentang ~ 4 biji saiz sederhana dipotong dadu
2. Bawang putih ~ 4-5 ulas dicincang halus
3. Udang kering ~ 2-3 camca besar ditumbuk
4. Rempah kari ~ 2 camca besar dicampur sedikit air
5. Daun kari ~ 2 tangkai
6. Garam ~ Setengah camca kecil
7. Air ~ 4 cawan atau secukupnya
8. Bawang besar (putih) ~ Setengah labu dipotong dadu
9. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, daun kari dan udang kering sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan tumis lagi sehingga naik minyak.
3. Masukkan kentang dan air, biarkan mendidih sehingga kentang empuk.
4. Bila air hampir kering masukkan garam dan bawang besar yang dicincang tadi dan masak lagi hingga kering.
5. Angkat, masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk kulit (batter):
1. Tepung gandum ~ 2 cawan diayak
2. Air/santan cair ~ 2 cawan
3. Telur ~ 1 biji
4. Serbuk kunyit ~ Setengah camca kecil
5. Garam halus ~ Secubit

Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas, kacau rata dan tapiskan ke dalam bekas lain.
2. Masak sesenduk demi sesenduk di atas kuali leper yang telah dititiskan sedikit minyak sehingga adunan habis.
3. Setelah kulit sejuk, letakkan inti di bahagian tengah dan gulung dengan kemas.
4. Letak dalam pinggan hidangan dan hidangkan.

Jumlah hidangan:
18-20 biji

Nota:
- Sekiranya anda rasa adunan (batter) untuk kulit agak pekat, tambahkan suku atau setengah cawan air lagi. Begitu juga dengan inti, sekiranya kentang belum cukup lembut atau empuk, boleh masukkan sedikit air lagi.
- Untuk inti, selain dari udang kering, anda boleh gantikan juga dengan isi ayam atau pun daging cincang.
- Anda boleh juga menggantikan kentang dengan keledek jika suka.

SELAMAT MENCUBA!

~ Thank You ~

5 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...