Sunday, December 15, 2013

* GURINDAM ~ ADAB BERKAWAN


Image by Google


Adab berkawan, biarlah ikhlas
Segala pengorbanan tak minta dibalas

Adab berkawan, jangan menipu
Bila bercakap luruskan hatimu

Adab berkawan, haruslah amanah
Agar kepercayaan tidak musnah

Adab berkawan, sentiasa membantu
Selalu bertanya apa yang perlu

Adab berkawan, menjaga percakapan
Mulut yang manis sentiasa di ingatan

Adab berkawan, mestilah jujur
Lakukan sesuatu jangan diukur

Adab berkawan, saling menghormati
Peribadi mulia akan disanjungi

Adab berkawan, pandailah menghargai
Hati gembira bahagia dirasai

Adab berkawan, jangan kedekut
Pemberian ikhlas tak perlu disebut

Adab berkawan, pekerti dijaga
sikap yang baik dikenang sentiasa

By: Ozie Mahsa

~ Thank You ~

6 comments:

  1. nice..gurindam.betul tu kak ozie.
    ikhlas kerana Allah..

    ReplyDelete
  2. itulah adab berkawan yg semua orang perlu jaga .

    ReplyDelete
  3. wah wah wah aunty bergurindam gitu ~ hehehehhe
    betul, berkawan pun ada adabnya yang perlu kita jaga ;)

    ReplyDelete
  4. Mmg betul tu kak.. berkawan biarlah dpt membawa berkat.. aamiin..

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...