Monday, December 23, 2013

* GURINDAM ~ INGAT




Ingat Allah yang Maha Esa
jiwa yang resah jadi bahagia

Ingat mati yang bakal menjelma
insafi diri beramal sentiasa

Ingat masa yang semakin singkat
bertaubat segera sebelum terlambat

Ingat dosa yang bertimbun-timbun
segera kita memohon ampun

Ingat rakan yang jauh di mata
hantar pesanan tanya khabarnya

Ingat ibu yang lama tak dikunjungi
segera bertemu mohon diampuni

Ingat harta yang menggunung tinggi
gelisah rasa takut dikhianati

Ingat akhirat yang pasti tiba
amal ibadat ditambah segera

Ingat wang yang bersusun-susun
hati bimbang takut disamun

Ingat pesan yang ayah beri
kalau makan  jangan berdiri

Ingat dunia yang sementara
akhirat sana jangan dilupa

By: Ozie Mahsa

~ Thank You ~

5 comments:

  1. maksud y mudah difahami..gurindam y menarik..ada bakat..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas pesanan ni...begitu bermakna

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah.. mudah2an menjadi insan yg selalu beringat & selalu memperingati Nya.. aamiin.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana meng Ingatkan .

    ReplyDelete
  5. Sangat jelas mesejnya.
    Paling suka
    "Ingat masa yang semakin singkat
    bertaubat segera sebelum terlambat"
    :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...