Wednesday, December 18, 2013

* RESIPI/RECIPE ~ SAMBAL UDANG SERAI

Click image to view actual size



Bahan-bahan:
1. Udang (sederhana besar) ~ 10 ekor digoreng
2. Serai ~ 2 batang diketuk/dititik
3. Cili kisar ~ 4-5 camca besar
4. Bawang besar ~ Setengah labu dihiris bulat
5. Santan cair ~ 2 cawan
6. Garam ~ Setengah camca kecil atau secukupnya
7. Asam jawa ~ 1 camca kecil dicampurkan dengan sedikit air dan tapiskan
8. Gula ~ Secukupnyanya
9. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis serai hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga naik minyak.
3. Masukkan santan, air asam dan biarkan mendidih hingga pekat.
4. Bila kuah pekat, lengkapkan rasanya dengan gula dan garam.
5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, kacau rata dan tutup api.
6. Angkat, hiaskan dengan hirisan tomato, cili besar dll. kemudian hidangkan.

Saiz hidangan:
2-3 orang
~ Thank You ~

2 comments:

  1. ya allah sedapnyaaaaaaaaa
    aunty buatkan untuk qila pls TT_TT

    ReplyDelete
  2. Udang mmg kegemaran sy.. buat hidangan makan malam mcm ni mmg tak cukup nasi sepinggan.. :D

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...