Monday, January 20, 2014

* GURINDAM ~ KALAU MAHU


Image by Google

KALAU MAHU

Kalau mahu bahagia di akhirat
jangan jemu beramal ibadat

Kalau mahu diri disayangi

jaga mulutmu jangan mencaci

Kalau mahu senang di dunia

didik dirimu gigih berusaha

Kalau mahu dipandang mulia

jangan kamu lakukan dosa

Kalau mahu kehidupan sempurna

tuntutlah ilmu setiap masa

Kalau mahu tenang jiwamu

setiap waktu ingat Tuhanmu

Kalau mahu hidup berkat

fikir dulu apapun kau buat

Kalau mahu tercapai cita

jangan malu mulut bertanya

Kalau mahu senang didekati

harus selalu menjaga pekerti

By: Ozie Mahsa
Click here to view more Gurindam

~ Thank You ~

3 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...