Wednesday, January 1, 2014

* RESIPI/RECIPE ~ ORANGE MUFFIN/MAFIN OREN KUKUS BERINTI COKLAT

Click image to view actual size


Bahan-bahan:
1. Tepung gandum ~ 2 cawan
2. Serbuk penaik ~ 1 camca besar
3. Telur ~ 4 biji
4. Gula pasir ~ 1 cawan
5. Minyak jagung ~ 1 cawan
6. Susu segar ~ 1 cawan
7. Pati Oren Sunquick ~ 4 camca besar

Cara membuatnya:
1. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk adunan, pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, kacau rata.
3. Masukkan susu segar, kacau lagi. Masukkan pula minyak diikuti pati oren dan kacau lagi hingga sebati.
4. Tuang sedikit adunan ke dalam cawan kertas/muffin cup, letakkan inti di bahagian tengah, tambah lagi adunan sehingga menutupi inti dan kukus selama 15-20 minit.

Jumlah hidangan:
25 biji saiz sederhana

Nota:
Anda boleh juga gantikan pati Oren Sunquick dengan parutan kulit oren dan perahan jus oren dari 1 biji buah Oren segar (Sunkist) atau sedikit perasa dan pewarna Oren.

~ Thank You ~

9 comments:

  1. mcm senang ke muffin nie... nnt nak cuba la..tq for sharing kak :-)

    ReplyDelete
  2. QV suka dgn sukatan guna cawan sbb x de penimbang . x ler pening kepala nak cuba .

    ReplyDelete
  3. Mmg sedap ni.. sy pun suka muffin. Makan bnyk pun tak muak.. nice sharing kak Ozie.. :)

    ReplyDelete
  4. Bleh la bebila cuba. Anak2 mesti suka ni.

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah tahun baharu kak Ozie. Semoga tahun ini lebih baik hendaknya. Moga diberkati Allah selalu dan berjaya di dunia dan di akhirat. :)

    ReplyDelete
  6. nak try juga lah resepi nie..nampak mcm senang tak perlu guna oven..kukus je...

    ReplyDelete
  7. bila belah tu, terserlah keenakkannya...pandai betul akak ni masak..

    ReplyDelete

  8. Olá amiga,vim retribuir sua carinhosa visita ao meu cantinho.
    Fiquei feliz por seguir-me!!!
    Obrigada,volte sempre e pegue o meu selinho de agradecimento!

    Beijos Marie.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...