MENJAGA PERABUT
1. Jangan meletakkan perabut terlalu rapat ke dinding supaya anda mudah membersihkan bahagian tepi atau belakang perabut yang berhabuk apabila perlu. Jarakkan lebih kurang 5 inci untuk laluan penyapu dan batang penyedut hampagas.
2. Gunakan berus yang sesuai untuk membersihkan bahagian yang berukir dan bahagian yang sukar dibersihkan oleh kain pengelap atau penyapu bulu ayam.
3. Jangan gunakan air untuk mengelap permukaan perabut yang terkena kotoran sebaliknya semburkan bahan pencuci khas kerana perabut akan mudah rosak jika terkena air tambahan lagi jika perabut diperbuat dari 'fiber'.
4. Lapik permukaan perabut yang sukar dan jarang dapat dibersihkan, dengan kertas atau kain agar permukaan perabut tidak mudah kotor dan rosak (cukup sekadar dipermukaan sahaja). Contohnya, kabinet di dapur yang tinggi atau almari pakaian yang besar. Dengan cara ini kerja-kerja pembersihan akan lebih mudah kerana anda cuma perlu buangkan kertas atau bersihkan kain tersebut bila perlu.
PENGGUNAAN PENGALAS/PELAPIK KAKI
1. Letak pengalas kaki/door mat di setiap pintu keluar masuk, di tepi katil serta di pintu bilik mandi untuk menapis kekotoran dari kaki dan mengelak lantai licin bila basah.
2. Latih anak-anak dan ahli keluarga yang lain untuk menggunakannya dengan cara yang betul (kesatkan kaki di atas pengalas kaki, bukan sekadar memijaknya), setiap kali masuk ke dalam rumah, sebelum naik ke katil atau keluar dari tandas. Ini akan melindungi lantai rumah dan tempat tidur anda dari mudah kotor.
3. Tukar sekurang-kurangnya seminggu sekali atau bila pengalas kaki mula kotor dan basah kerana pengalas yang kotor dan basah mungkin mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kaki mereka yang berkulit sensitif dan mempunyai masalah tumit kaki merekah.
MEMBUANG HABUK
1. Bila anda hendak membersihkan habuk-habuk di dalam rumah, mulakan dari bahagian atas (siling) kemudian dinding dan di atas perabut-perabut kemudian barulah bersihkan bahagian lantai dengan penyapu atau penyedut hampagas.
2. Gunakan berus kecil untuk membuang habuk di celah-celah bahagian yang kecil dan sempit seperti di celah-celah televisyen, bingkai gambar dll. Lakukan pembersihan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
MEMBERSIHKAN PERMUKAAN KACA
Bersihkan permukaan yang diperbuat dari kaca seperti cermin muka, tingkap, meja dan lain-lain dengan menggunakan kertas surat khabar lembab yang telah direnyukkan. Akhiri pembersihan dengan renyukan kertas yang kering pula untuk hasil yang lebih sempurna. Cara ini lebih mudah dan menjimatkan selain dari ia kurang meninggalkan kesan habuk berbanding menggunakan tuala lembab.
MENJAGA DAPUR/TUNGKU
1. Segera lap tungku yang terkena kotoran dan minyak setiap kali selepas memasak untuk mengelakan kekotoran degil kekal terutamanya peralatan-peralatan kecil di bahagian tengah tungku. Jika perlu, cuci dengan bahan pencuci dan kemudian lap hingga kering sebelum diletakkan semula ditempatnya.
2. Bersihkan juga dinding-dinding berhampiran dapur yang terkena percikan minyak dan sebagainya selepas memasak dengan menggunakan kain lembab atau semburkan bahan khas seperti 'kitchen cleaner'.
2. Bersihkan juga dinding-dinding berhampiran dapur yang terkena percikan minyak dan sebagainya selepas memasak dengan menggunakan kain lembab atau semburkan bahan khas seperti 'kitchen cleaner'.
T kasih diatas perkongsian tips & nasihat kak Ozie.. :)
ReplyDelete