Sunday, February 16, 2014

* DIARI HATI ~ PENGALAMAN YANG MEMATANGKAN


Gambar hiasan - Google

Saat dan ketika ini, Allah hadirkan seseorang dalam kehidupan saya. Atas dasar tanggungjawab saya akur dan redha menerimanya, walaupun ada sesuatu yang tidak saya senangi. Saya tahu ini semua adalah antara ujian yang harus saya tempuhi. Memahami akan hakikat, bahawa sikap manusia amat berbeza maka pastinya anda juga mengerti, menghadapi karenah dan sikap buruk seseorang bukanlah perkara yang mudah. Kita perlukan kekuatan hati dan pengawalan emosi yang rapi agar situasi dan suasana tidak menjejaskan ketenangan hati.

Dalam kata lain, menghadapi kelemahan dan sikap buruk seseorang itu, memang amat menyakitkan dan mencabar kesabaran serta keimanan kita. Terkadang kesabaran mungkin akan terburai apabila emosi tidak lagi stabil setelah seringkali tercabar. Melihat keburukan orang lain bukan beerti saya sudah cukup baik dan bijak untuk menilai orang lain, tapi jika hati sering disakiti, apakah perlu dinafikan lagi.....? Walau apapun, setiap kejadian pasti ada hikmah dan pengajarannya.

Dari sedikit pengalaman yang dilalui, kini saya semakin memahami bahawa kelemahan dan sikap buruk, jika terlalu sering ditonjolkan juga mampu melahirkan suasana kurang selesa dan ini akan mengurangkan rasa hormat orang terhadap kita. Antara contoh, sikap-sikap buruk yang harus kita elakkan agar kita terus dihormati.... suka menutupi kesalahan yang jelas dengan memberi berbagai alasan, suka berpura-pura, suka menipu, tidak pandai menjaga kebersihan diri, sering mungkir janji, kedekut, kasar, baran, suka mengumpat dan berbagai lagi.

Pengajarannya, adalah sangat penting untuk kita bersikap lebih rasional dalam mengendalikan hati, diri dan minda agar tindak tanduk dan perbuatan kita akan lebih disenangi dan dalam waktu yang sama kita akan lebih dihormati dan disayangi.... Betul kan...? 

* Sedang belajar mengawal emosi dan berusaha memperbaiki kelemahan diri. Inshaallah....

SALAM CERIA!
~ Thank You ~

5 comments:

  1. O sol é para as flores o que os sorrisos são para a humanidade.(Joseph Addison)
    Obrigada querida, pela visita carinhosa!
    Um doce abraço, Marie.

    ReplyDelete
  2. keep smiling Marie...thanks to you too...

    ReplyDelete
  3. pengalaman itu adalah guru.
    salam kenal..

    ReplyDelete
  4. Pengalaman mematangkan kita.. t kasih diatas perkongsian kak Ozie.. :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...