Tuesday, February 18, 2014

* TIP ~ CARA MUDAH MEMBUANG SAWANG

Image by Google


Biasanya, kita akan menggunakan berus/penyapu khas (gambar atas) untuk membuang sawang-sawang yang berada di atas siling rumah. Yang tidak seronoknya, sukar untuk membersihkan sawang-sawang dan habuk yang melekat pada berus/penyapu tersebut. Cara paling mudah sebenarnya, kita cuma perlukan sebatang lidi penyapu (jangan yang terlalu lembut hujungnya) dan putar-putarkan hujung lidi perlahan-lahan pada sawang-sawang yang melekat di atas siling-siling rumah.

Kalau sawang-sawang itu berada di tempat yang terlalu tinggi, kita cuma perlu sambungkan atau ikatkan lidi dengan kemas pada sebatang kayu kecil/buluh/rotan yang panjang. Cara ini bukan saja mudah tapi juga menjimatkan. Kita boleh terus buang lidi selepas guna atau kalau sayang, lurutkan saja kotoran dan habuk yang melekat pada lidi dengan menggunakan kertas tisu...hehee.... Beginilah hasilnya (gambar bawah) setelah kerja-kerja membuang sawang selesai. Mudah, jimat dan seronok pula melakukannya. Tangan anda pun taklah berasa lenguh menganggkat berus/penyapu yang agak berat tu. Lagi pun sawang-sawang tidaklah bertaburan di atas lantai..... Selamat mencuba!


Sawang-sawang yang melekat pada lidi


Idea: Mohamad Izzat Afif (my son)

~ Thank You ~

4 comments:

  1. Mudah juga cara tu.. thanks sharing kak Ozie.. :)

    ReplyDelete
  2. Saya selalu bersihkan sawang di rumah! Hehe. Rumah kampung, siling pun tak ada. Jadi, memang senang bersawang. :)

    ReplyDelete
  3. salam kenal. wah xtau pulak ade cr mudah ni. tq share sis

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...