Tuesday, May 27, 2014

* RESIPI/RECIPE ~ UBI KAYU TUMIS BEREMPAH



UBI KAYU TUMIS BEREMPAH

Bahan- bahan:
1. Ubi kayu ~ 3-4 ketul saiz sederhana dipotong baji 
2. Daun kari ~ 3-4 tangkai
3. Bawang putih ~ 2-3 ulas dicincang
4. Halia ~ Setengah inci dihiris nipis (jika suka)
5. Rempah kari ~ 2-3 camca besar (saya guna rempah kari ikan Baba's)
6. Bawang kecil ~ 2-3 biji dihiris
7. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menumis
8. Garam ~ Secukupnya
9. Kacang peas (dalam tin) ~ Secukupnya untuk hiasan
10. Gula ~ Secukupnya (jika suka)

Cara-membuatnya:
1. Rebus ubi kayu hingga empuk, tapiskan airnya dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang putih, bawang kecil dan halia sehingga naik baunya.
3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan garam. Tumis sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukan ubi kayu, daun kari dan gula, kacau hingga rata, angkat dan masukkan ke dalam pinggan hidangan.
5. Taburkan kacang peas di atasnya sebagai hiasan dan pelengkap rasa.

Jumlah hidangan:
2-3 orang

Nota:
Jika perlu/suka anda boleh goreng dulu ubi kayu yang telah direbus sehingga berwarna keemasan sebelum ditumis.

Click here to view more recipes.

~ Thank You ~

2 comments:

  1. Nice sharing :-)

    Saya biasa dengan ubi kayu ni reti buat goreng tepung je. Buat kudapan waktu petang. Hehe.

    Anyway, singgah sini menabung nuffnang.

    ReplyDelete
  2. biasa saya masak sira je.. x penah lagi tgk recipes.. tq for sharing :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...