Gambar hiasan: Google |
Lazimnya, manusia lebih senang dengan "kebiasaan" yakni perkara-perkara yang telah menjadi kebiasaan. Dalam kata lain, melakukan sesuatu perkara mengikut langkah atau cara yang sama setiap kali. Sebagai contoh, kalau dalam bab memakai seluar yang berzip umpamanya, jika kita mulakan dengan menarik zip dahulu baru dikenakan butangnya maka itulah langkah dan cara yang akan kita buat berulang kali dan bertahun-tahun lamanya. Namun satu saat, mungkin tanpa sengaja kita pun menukar langkah atau cara tersebut. Alamatnya, berlakulah kekeliruan fikiran. Butang seluar dipasang, tetapi menarik zip kita terlupa pula. Aduhai malunya.... Ini mungkin kerana "kebiasaan" yang kita lakukan telah sebati dalam fikiran. Setiap orang, paling tidak sekali seumur hidup pasti mengalami kekeliruan ini... Betul tak? Hehee.... Macam pernah je...heee....
Begitu juga dalam bab memasak, khasnya pada kaum wanita. Bila dah terbiasa memasak nasi dahulu, baru lauknya, jangan hairan kalau anda menukar kebiasaan dengan memasak lauk dahulu, kes terlupa memasak nasi pula akan berlaku..... Lauk dah terhidang, ahli keluarga sudah pun dipanggil dan bersedia di meja makan, nasi belum dimasak rupanya... Yang tukang memasak panik dan malu teramat sampai merah padam muka. Alahai....malangnya. Hmm... Yang ni pun macam ada "pengalaman" je.... Hehee.....
Walau apa pun saya pasti ramai sebenarnya yang pernah mengalami kekeliruan ini. Mungkin anda pun ada cerita sendiri yang boleh dikongsi. Kekeliruan hasil dari perubahan akhirnya mencelarukan dan memalukan. Jadi, sentiasalah waskita andainya ingin mengubah atau menukar 'kebiasaan'.
SALAM CERIA!
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA