Thursday, December 22, 2016

* DIARI LAMAN SUTERA ~ MENCARI DIRI YANG HILANG?



Memang sikap semulajadi saya semenjak kecil lagi, gemar memerhati dan kemudian cuba menganalisi apa yang saya lihat mengikut pola pemikiran sendiri. Bila dah agak buntu barulah saya mencari "bantuan" dari mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Sepertinya saya lebih gemar mencari sesuatu yang dapat membantu membina sahsiah diri yang semakin pudar auranya barangkali atau yang mungkin dapat mengajar saya tentang bagaimana menjadi insan terpuji. Tidak sesekali saya mencari kelemahan atau kekurangan orang lain akan tetapi saya mencari kelebihan yang bakal saya jadikan garis panduan dalam menyempurnakan keperibadian. Sesungguhnya keterampilan, perwatakan atau personaliti seseorang yang saya kagumi mampu membuat saya rasa teruja.

Bukan cara berpakaian dan dandanan mereka yang menjadi perhatian utama saya, namun cara mereka mengendalikan diri dan mengawal emosi serta ketekunan mereka dalam melakukan ibadah dan amalan seharian. Betapa mereka ini benar-benar teliti dalam menjaga diri agar tampak lebih berwibawa. Pastinya mereka yang begini sangat disenangi, disayangi dan dihormati malah mungkin menjadi idola pada orang lain yang juga ingin membentuk pesonaliti dan punyai sikap serta akhlak yang mulia. Tentunya tidak mudah untuk membentuk kesempurnaan bukan. Namun setiap keinginan harus disertai dengan niat baik dan usaha yang berterusan. Saya akui itu. Maka izinkan saya terus memerhati. Hehee..

Terasa benar betapa diri ini masih terlalu banyak kelemahan dan kekurangan walau usia telah banyak angkanya. Malu pada diri sendiri sebenarnya. Pun demikian, hati tetap berbisik agar jangan sesekali berpatah arah dan hilang pegangan kerana masih ada masa untuk saya, membentuk hati dan membina personaliti diri yang baharu. Inshaallah. Sesungguhnya Allah menyayangi orang-orang yang sabar dan istiqamah dalam memenuhi keinginannya. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk setiap apa yang kita niatkan. Amin.

Dan di sini pada saat ini, saya berjanji pada diri sendiri untuk, kurangkan berkata-kata dan lebih banyak memerhati. Menjaga tutur kata agar tidak menyakiti. Lebih mengasihi dan tidak membenci. Kurangkan aktiviti tidak berfaedah dan banyakkan mentelaah. Melakukan sesuatu dengan ikhlas dan buang sikap malas. Banyak bersedekah dan beramal ibadah. Menjadi pendengar yang baik dan tidak marah-marah. Tidak harapkan orang lain membantu sebaliknya lakukan sendiri apa yang perlu. Jaga hati, jaga diri dan senyum selalu. Erkk! Banyak tu. Boleh ke? Huhuu... Inshaallah.

Sekian.


Aku yang kau panggil, Sayang!
~ Suri Sutera

~ Thank You ~

4 comments:

  1. jadilah pemerhati yang setia Ozie..melihat kelebihan dan kekurangan sebagai satu cerminan kehidupan :)

    ReplyDelete
  2. Saya percaya saudari ingin menjadi lebih baik dari sekarang. Bermakna saudari ingin meningkatkan karektor dan personaliti. Saya tak tau samada persenoaliti saudari menurun kerana saya tak tau hujung pangkal saudari.

    Membina persenoliti ni banyak benda perlu dibuat selain seperti yg saudari kata kurangkan bercakap. Amanah juga trait personalliti. Bugitu juga dgn kejujuran. Itu persenoliti dalaman, satu kekuatan.

    Yg di luarnya ialah penampilan iaitu Gaya, stail dan fasyen. Berpajaian bukan dgn tujuan memikat tapi tentukan terasa selesa, tidak menonjol dan mengikut style sendiri.

    Lihat semula ke belakang, apa yg saudari sudah tinggalkan perkara yg baik. Begitu juga lihat je hadapan apa yg saudari jangkan. Semua orang berbuat demikian bila menilai keadaan tapi ramai yg lupa untuk melihat di bawah, sedangkan di bawah itu tapak penampilan.

    Jangan begitu obess dgn fasyen sebab fasyen akan ketinggalan. Fokus tentang stail. Kerana stail berubah mengikut trend dan selera. Jangan sekali kali meniru stail orang lain sebab stail sejati berlaku dari diri sendiri setiap hari.

    Sorry, i'm nit an expect just sharing my thaught.

    ReplyDelete
  3. Sorry, i'm not an expert just sharing my tiny thought and so sorry for the spelling errors.

    ReplyDelete
  4. It`s Ok Adam. Thank you anyway. Saya faham...hihi..
    Thanks to Anajingga juga...sahabat Blogger lamaku..hii..

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...