Tuesday, December 27, 2016

* NO PLASTIC BAG DAY (ALL TIME)

Image result for no plastic bag

Hari ini, 27hb. Dec 2016, saya mendapat memo dari bahagian operasi pasaraya tempat di mana saya mencari rezeki. Begini tajuk memorandumnya:

RE: BANNING OF POLYSTYRENE CONTAINERS & ENFORCEMENT OF NO PLASTIC BAG DAY(SELANGOR, JOHOR & PERAK)

Arahan berkuatkuasa pada tahun 2017. Dengan itu para peniaga di 3 buah negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak, termasuk saya sama sekali tidak dibenarkan memberi plastik beg kepada pelanggan-pelanggan kami. Kempen ini berlangsung setiap hari atau 7 hari seminggu ya, bukan hari sabtu sahaja seperti yang pernah dibuat oleh kebanyakan pasaraya sebelum ini.

Jadi kepada yang terlibat, jangan lupa bawa recycle bag atau shopping bag sendiri setiap kali keluar membeli belah atau simpan banyak-banyak dalam kereta untuk elak dari terpaksa menjinjing barang tanpa sebarang bag. Tercicir pula ikan bilis tu nanti. Hahaa...

Tapi..., kenapa 3 negeri sahaja yang terlibat ya. Yang lain-lain belum bersedia mungkin atau ada yang dah lama mulakan. Saya je yang tak tahu agaknya. Hihii... Walau apapun, semoga usaha 3 negeri ini dipermudahkan dan berjalan dengan jayanya tanpa sebarang rungutan atau bantahan.

Hmmm... Tempoh masa kempen ini tidak pula diberitahu ya. Mungkin juga berterusan sampai bila-bila. Tak kesahlah. Apa yang saya kesah dan perlu fikirkan, di mana nak cari "paper bags" yang harganya berpatutan sebagai alternatif dalam membantu memudahkan pelanggan kami.

Sekian.

Aku yang sedang berusaha...
~ Ozie Mahsa




*SAY NO TO PLASTIC BAGS

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...