Appreciate all the gift of God....
~ Ozie
~ Ozie
Buah Mengkudu |
Allah tidak menjadikan sesuatu melainkan ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Setiap yang Allah jadikan punyai keajaiban dan keunikan tersendiri yang tidak pernah kita duga. Alam ini dipenuhi dengan berbagai tumbuhan dan kehidupan lainnya untuk keperluan manusia dan makhluk seisinya.
Hari ini saya nak berkongsi pengalaman yang sangat berguna untuk kita semua. Pasti anda kenal dengan buah mengkudu atau nama saintifiknya, Morinda citrifolia atau ada juga yang panggil Noni... macam nama kawan saya...hehe... Kalau tak tau...tu ada gambar kat atas tu...hee... Sudah pasti bila sebut saja buah mengkudu, apa yang terlintas difikiran adalah baunya yang kurang menyenangkan... hehee... Tapi pada saya bau itu tak jadi masalah besar, sebab ada banyak lagi benda lain dalam dunia ni yang lebih busuk dari itu kan...hahaa... Kalau anda tak suka juga, jangan risau...sbb ada banyak produk diluar sana yang berasaskan buah mengkudu ni....pilih je jenama mana yang anda suka..
Sepertimana yang kita tahu, buah mengkudu mengandungi banyak khasiat... kalau nak tahu apa khasiatnya tu, kenalah search sendiri....hehe..... Ok! Pendekkan cerita, emak saya mempunyai masalah sakit2 kaki...maalumlah dah berusia...maka kami pun carilah produk yang sesuai untuk dimakan oleh mak saya... Oleh kerana ramai kawan yang mengesyorkan produk yang berasaskan buah mengkudu ni, lalu saya pun belilah....dan berikan kepada mak. Setelah beberapa lama mak makan produk ni, nak tahu apa yang jadi...? Hmm...sakit kaki mak tu ok laa... dah kurang sikit katanya. Tapi ada sesuatu yang buat aku tiba-tiba perasan dan terkejut (yg hairannya mak sendiri pun tak perasan), tumit kaki mak yang sebelum ni merekah, kesat dan tebal sampai setengah inci tuu....dah licin macam kaki saya...hehee..
Gambar Hiasan |
Haaaa...itulah dia penangan buah mengkudu.... Kepada anda, yang ada masalah tumit kaki merekah tu... baik pergi cari cepat. Kalau nak hasil yang lagi memuaskan petik saja buah mengkudu yang dari pokok tu, makan dan amalkan...hahaa...ada berani ke...?? Oppss....satu lagi...jangan lupa tonyoh tumit kaki tu dengan buah mengkudu yang dah masak. Baunya tak payah ceritalah... tak tahan pakai mask dulu...heee... Apapun segalanya berlaku dengan keizinan Allah....
Kesimpulannya...jangan angap remeh dengan setiap yang Allah anugerahkan... Fikirkan sesuatu dan ambil inisiatif untuk mencubanya. Kata orang, belum cuba belum tahu... so, selamat mencuba... Kalau ternyata berkesan, jangan segan-segan nak bagi tau saya...heee...
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA