Wednesday, August 1, 2012

* RESEPI ~ PUDING KASTAD JAGUNG


PUDING KASTAD JAGUNG (TANPA PEWARNA)


Bahan-bahannya:
1 cawan jagung krim (dalam tin)
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung kastad
1 biji telur (jika suka)
secubit garam
5 cawan santan kelapa (1 biji saiz sederhana)

Cara membuatnya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali atau periuk, mengikut susunan bahan di atas, kacau rata sebelum api dihidupkan. Setelah bancuhan sebati, hidupkan api dan masak (lebih kurang setengah jam) dengan api yang sederhana sambil dikacau tanpa henti sehingga bancuhan mendidih, pekat dan sedikit berkilat. Setelah bancuhan betul-betul masak, segera tuang ke dalam acuan dan sejukkan, sebelum dipotong dan dihidangkan.



Jumlah hidangan:
Lebih kurang 20 keping (saiz biasa)

Nota:
- Puding ini juga sedap dimakan ketika sejuk, namun menyimpannya lebih dari 1 jam di dalam peti sejuk, akan merubah rasa dan warna puding.
- Gunakan bekas bertutup atau tutup bekas dengan pembalut plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Pastikan puding benar-benar sejuk sebelum ditutup dan dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk mengelakkan wap berlebihan yang akan merosakkan permukaan puding.
- Gunakan cawan yang sama (saiznya) untuk menyukat bahan-bahan. 

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...