Love is a gift.
Love is a blessing.
Love is happiness.
Love is happiness.
Love is everything ... ??
~ Ozie
~ Ozie
SENGSARA KERANA CINTA
Benar kata orang, bila hati sudah cinta segalanya indah belaka. Kerana cinta, mata dan hati pun boleh jadi 'buta'. Bila cinta telah menguasai hati dan pandangan, batu pun disangkakan intan....hehee..... Begitulah hebatnya pengaruh cinta sehingga bisa membuatkan orang yang dilanda cinta itu, lupa segala-galanya. Hmm... Indahnya cinta.... Satu perasaan anugerah Tuhan yang mampu membuatkan kita hanyut dalam lautan rasa ..... Perasaan inilah juga yang dialami Faiza (bukan nama sebenar) seorang gadis kecil molek yang bangga dilahirkan di tengah ibukota yang tidak pernah menjanjikan kebahagiaan buatnya. Keghairahan mengejar cinta akhirnya menjerat dirinya sendiri. Pertemuannya dengan seorang jejaka dari negara jiran, yang pastinya pada pandangannya ketika itu, seorang yang cukup sempurna dan menepati citarasanya yang telah ditenggelami oleh nikmat cinta. Cinta yang telah mengaburi pandangan mata dan hatinya, membuatnya tergamak menggadaikan maruah diri dan keluarga hanya kerana satu perasaan yang dinamakan cinta ini. Faiza akhirnya tenggelam dan hanyut oleh bisikan cinta si jejaka 'asing' yang tidak pernah dikaji asal usulnya.
Olahan Cerita: * Ozie
Keterlanjuran hanya disedari selepas Faiza mendapati dia telah mengandungkan anak jejaka yang dicinta nya itu. Namun tiada apa lagi yang dapat dilakukan, kerana nasi sudahpun menjadi bubur. Setiap perbuatan kejinya tidak lagi mampu disembunyikan. Perutnya semakin membesar dan akhirnya Faiza terpaksa juga bernikah tanpa restu dari keluarganya. Selepas berkahwin, Faiza menyangka dia akan bahagia seperti pasangan lain. Namun, sikap suami yang dipuja nya selama ini, mula berubah. Perangai buruk suami, akhirnya terbongkar juga. Faiza mula menyedari bahawa suaminya bukan saja seorang kaki judi tapi juga sering pulang lewat malam dengan keadaan mabuk. Faiza pasrah dengan segala yang dialaminya. Hatinya mula berbisik, mungkin ini dugaan yang telah ditentukan Tuhan buatnya atau mungkin juga ini balasan di atas segala perbuatannya selama ini. Biarpun hatinya sakit dan pedih namun dia akur, segalanya telah pun terjadi. Faiza mula mengalami tekanan demi tekanan yang akhirnya menjejaskan kesihatannya. Dia kemudiannya mengalami keguguran dan terpaksa terlantar di Hospital.
Masa terus berlalu. Demi cinta yang masih utuh, Faiza tetap juga bertahan biarpun terpaksa berhadapan dengan berbagai masalah yang sering ditimbulkan suaminya. Tahun demi tahun dilalui, seorang demi seorang anak-anak Faiza lahir juga walaupun dalam kepahitan dan kesengsaraan. Semakin bertambah masalah, bila anak-anak semakin ramai dan membesar. Kesabaran Faiza mula teruji apatah lagi, bila dia terpaksa bekerja demi menanggung perbelanjaan keluarga yang semakin besar. Pun demikian, Faiza sanggup berkorban demi anak-anak yang menjadi tempat dia menumpang kasih selama ini. Namun, pengorbanan Faiza tidak pernah dihargai suami, malah sikap buruk suaminya semakin menjadi-jadi. Suaminya sudah pandai pula bermain kayu tiga dan semakin jarang pulang ke rumah serta tidak lagi peduli dengan masalah Faiza dan anak-anak. Keadaan semakin meruncing bila mereka terpaksa berpindah kerana tunggakkan sewa rumah tidak lagi mampu dibayar oleh suami Faiza.
Kini mereka terpaksa menyewa rumah yang lebih kecil kerana tidak mampu membayar sewa yang mahal. Untunglah anak-anak Faiza tidak pernah merungut. Mereka seakan faham apa yang dilalui oleh ibu mereka. Mereka sudah lali dengan kesusahan. Faiza bersyukur dengan semua itu. Biarpun dia penat bekerja dan menyara keluarga, namun segalanya terbalas dengan kehadiran anak-anak yang menjadi penawar segala kedukaan nya. Suami Faizah langsung tidak peduli dengan keadaan hidup mereka. Faiza sudah mula lali dengan sikap suaminya. Berbulan-bulan suaminya tidak pulang namun, Faiza tetap akur dengan nasibnya. Biarpun tiada lagi nafkah dari suami, Faiza tetap sabar dan menerima segala ketentuan. Bila duduk seorang diri, Faiza hanya mampu merenung masa depannya yang semakin kabur sambil berdoa semoga Allah akan melindungi anak-anaknya bila dia telah tiada nanti. Bagi Faiza, dia langsung tidak percaya kalau nasib anak-anaknya akan terbela dengan sikap suami yang langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Akhirnya, tinggallah Faiza sendirian sambil mengenangkan nasib diri dan cintanya yang telah pun musnah. Kini dia sedar, cinta bukan segala-galanya dan cinta tidak pernah menjanjikan bahagia. Namun, seribu penyesalan pun takkan dapat menyembuhkan hatinya yang terluka akibat cinta yang terlalu dikejarnya itu. Meskipun cinta itu anugerah terindah dari Allah, namun dia kini tahu, cinta itu bukan miliknya selamanya. Sesungguhnya, cinta yang datang pasti akan pergi. Justeru itu, dia tidak lagi mengharap cinta itu akan kembali kepadanya. Biarlah masa menentukan segalanya. Ketika ini, dia lebih rela bersendirian dari menyimpan cinta yang hanya membuatnya sengsara.
* Pengajaran buat kita semua, hati-hati bila memberi dan menerima cinta dan jangan terlalu ikutkan 'mata' dan 'selera', kerana cinta yang sejati letaknya di hati ....
* Pengajaran buat kita semua, hati-hati bila memberi dan menerima cinta dan jangan terlalu ikutkan 'mata' dan 'selera', kerana cinta yang sejati letaknya di hati ....
Olahan Cerita: * Ozie
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA