Wednesday, April 10, 2013

* GURINDAM ~ CAHAYA



CAHAYA

Cahaya mentari menyinari alam,
Siang berlari berkunjung malam.

Cahaya kelam bernasib malang,
Cinta terpadam hiba dan walang.

Cahaya kasih memancar sayang,
Cinta nan jernih rindu bersarang.

Cahaya cinta menerangi hati,
Uda dan dara kasih terpateri.

Cahaya kasih menyuluh kalbu,
Cinta memutih di lautan rindu.

Cahaya mata lahir ke dunia,
Sangat bahagia ibu dan bapa.

Cahaya pelita tikar mengkuang,
Bantulah mereka si fakir malang.

Cahaya lilin membakar diri,
Guru rajin menjaga integriti.

Cahaya lampu di kota raya,
Kaki rambu melakar dursila.

Cahaya di muka insan bertakwa,
Ibadah berbunga meraup pahala.

Cahaya keimanan di hati kudus,
Sirnakan kejahatan biarlah putus.

Cahaya neraka jelas ternampak,
Permainan dosa semakin rancak.

Cahaya syurga turun ke riba,
Kepada yang Esa mulut berdoa.

Cahaya suci melimpah di nubari,
Menghunjam keji terpisah di sisi.

By: PAUZI MOHD ISA
Source: Facebook

* Please CLICK HERE to see more GURINDAM.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...