"Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka, jenerasi yang lain."
~ Ayat: 6
"Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu."
~ Ayat: 11
"Katakanlah: "Apakah akan aku jadikan pelindung selain dari Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia yang memberi makan dan tidak diberi makan?"
~ Ayat: 14
"Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku menderhakai Tuhanku."
~ Ayat: 15
"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri."
~ Ayat: 17
"Mereka melarang (orang lain) mendengar Al Quran dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyedari."
~ Ayat: 26
"Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
~ Ayat: 32
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, adalah pekak, bisu dan berada dalam kegelapan."
~ Ayat: 39
"Dan tidaklah Kami mengutuskan para Rasul itu melainkan untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan."
~ Ayat: 48
"Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
~ Ayat: 162
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA