Friday, September 27, 2013

* CERITERA ALAM ~ TENTANG MINYAK WANGI/ABOUT PERFUME


Gambar Ihsan Google


Saya pun suka juga pakai minyak wangi ni. Tapi taklah terlalu kerap. Ikut 'mood' jugalah...kalau rajin atau teringat saya akan pakai walaupun di dalam rumah. Pada saya minyak wangi ni mampu menyegarkan tubuh, minda dan jiwa. Saya akan rasa lebih tenang dah segar ketika memakai minyak wangi. Tidak perlu yang mahal-mahal kalau kita tidak mampu. Apa yang penting adalah pemilihan bau minyak wangi tersebut. Bagi wanita, pilihan bau yang lembut adalah lebih sesuai. Kalau pakai tu, tak payahlah calit atau 'spray' banyak-banyak sampai baju pun basah...hehee.. Cukuplah sekadar kita sendiri dapat menghidunya. 

Minyak wangi yang lembut kesannya lebih efektif pada saya. Bau yang terlalu kuat hanya akan membuat hidung kita 'sengsara' tambahan lagi bagi mereka yang ada masalah resdung atau 'allergy'. Hmm.... alamatnya, semakin gatal dan bersin berterusan kita dibuatnya.

Pemakaian minyak wangi pada saya adalah penting juga, selain dari menambah keyakinan diri kita juga terhindar dari bau-bau yang kurang menyenangkan. Dan....dengan pemakaian minyak wangi juga, orang lain akan rasa lebih selesa ketika berdampingan dengan kita. Betulkan....??

SEBAGAI PERINGATAN BERSAMA

** Siapa sahaja WANITA yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.

~ Hadis Riwayat: Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

----------------------------------------------------------------------


HARUMAN LUQMAN
Warisan Perubatan Sufi

BUNGA CENDERAWASIH

KHASIAT:

Menaikkan seri wajah dan awet muda

Sebagai ikhtiar bertemu jodoh

Lebih dihormati dan disegani

Dipandang manis sipemakai

Mengurangkan sifat panas baran

Memudahkan urusan kerja dan temuduga

Pelaris perniagaan dan barang jualan

Memberi kesegaran dan energi pada tubuh

Sebagai pati mandi bunga

Produk oleh: LHR MULTI ENTERPRISE
Pengedar: GIVE A GIFT ENTERPRISE

WhatsApp: 019 284 3625

5 comments:

  1. kadang-kadang, sayapun lupa pakai perfume. Saya tak suka yang keras-keras baunya

    ReplyDelete
  2. Kalau kita biasakan nanti taklah lupa lagi.... hehee...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Gema Parfum
    Parfum untuk pria.

    ----------

    ReplyDelete
  4. gemaparfum....sama-sama.. harap boleh dikongsi...

    ReplyDelete
  5. thx info nya. sangat membantu sekali. dengan kata yang simple dan mudah dimengerti. good blog.

    keep posting ya

    Parfum Wanita yang disukai Pria

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...