Friday, September 27, 2013

* RESEPI ~ PISANG TANDUK GORENG RANGUP BERSALUT OAT

Please click on the image to view actual size.




Bahan-bahan:
1. Tepung gandum ~ Setengah cawan
2. Tepung jagung ~ 1 sudu besar
3. Serbuk kunyit ~ Suku camca kecil
4. Garam halus ~ Suku camca kecil
5. Air ~ secukupnya
6. Pisang tanduk ~ 1 biji saiz sederhana dipotong serong setebal setengah inci
7. Oat segera ~ Setengah cawan (diletakkan di dalam mangkuk dan taburkan sedikit lagi garam halus)
8. Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Campurkan bahan 1,2,3,4 ke dalam bekas.
2. Masukkan air secukupnya dan kacau sebati seperti bancuhan biasa untuk membuat pisang goreng tetapi cairkan sedikit.
3. Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung tadi kemudian salutkan pula dengan oat.
4. Goreng dengan api yang sederhana sehingga warna pisang kuning keemasan.
5. Angkat, tos dan hidangkan panas-panas.

Jumlah hidangan:
3-4 orang

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

2 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...