Sambungan dari MENGEMAS DAN MENJAGA PERALATAN RUMAH BHG. 3
Berikutan permintaan seseorang agar saya membuat demo cara melipat seluar dalam (tapi saya ada alasan sendiri untuk tidak melakukannya, harap maaf) maka saya gantikan demo melipat anak tudung ini yang mana ia hampir sama dengan cara melipat seluar dalam, untuk lebih mudah anda memahaminya.
TIP/PANDUAN MELIPAT ANAK TUDUNG
TIP/PANDUAN MELIPAT ANAK TUDUNG
Click images to view actual size
Dengan cara ini, laci anda akan lebih kemas dan rapi serta tidak perlu risau kalau anak-anak mengambil sendiri keperluan mereka kerana lipatan seperti ini tidak mudah terbuka.
Bentang anak tudung di permukaan |
Lipat sisi kanan sepertiga ke tengah |
Lipat sisi kiri pula |
Lipat hujung sebelah atas 2-3 inci lebar |
Gulung bahagian bawah naik ke atas |
Selitkan ke bahagian atas yang berlipat tadi |
Kemaskan |
Dengan cara ini, laci anda akan lebih kemas dan rapi serta tidak perlu risau kalau anak-anak mengambil sendiri keperluan mereka kerana lipatan seperti ini tidak mudah terbuka.
*Gunakan cara yang sama (dengan bahagian depan menghala ke atas) untuk melipat seluar dalam anda.
Ilham asal: Dari seorang sahabat.
~ Thank You ~
nice sharing ... kemas dan mudah .
ReplyDeletejimat space laci..hihihi..nice
ReplyDelete