Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan rahsia rukuk dalam solat. Untuk perkongsian ini, saya perlukan khidmat Google bagi mengetahui dengan jelas tentang rahsia rukuk ini memandangkan saya tidaK begitu arif tentang maklumat penting ini. Antara yang saya temui adalah, posisi rukuk tersebut sebenarnya baik untuk tulang belakang, jantung dan pengaliran darah.
Kepastiannya, kesahihan kebaikan posisi rukuk ini memang tidak boleh dinafikan.... kerana setiap perkara yang Allah tentukan pastinya ada rahsia tersendiri. Hmm.... Mungkin baik juga jika kita praktikan posisi tersebut sekali pun di luar waktu solat untuk perkara-perkara yang bersesuaian. Tapi... apakah kaitannya perkongsian mengenai rahsia posisi rukuk ini dengan cerita saya nanti? Jom teruskan pembacaan....
Alkisahnya, pernah saya gunakan posisi rukuk ini beberapa kali untuk menghilangkan sedu dan hasilnya memang memuaskan. Bukan itu saja... kisah kedua (cerita lama sebenarnya) ketika hendak mandi, sejurus selepas saya pulang dari hospital (setelah 2 hari dirawat) kerana melahirkan anak, sengaja saya lakukan posisi yang sama seperti rukuk (tanpa membengkokkan kaki) ketika mengambil barang yang terjatuh di hadapan saya. Saya buat begitu kerana takut untuk bergerak secara agresif kerana memikirkan jahitan dan luka yang masih baharu.
Sebaik saja saya berdiri semula, terasa sesuatu keluar dari bahagian sulit saya yang masih lagi terasa sedikit sakit akibat bekas jahitan selepas melahirkan. Apabila saya lihat ke bawah, agak terkejut juga bila ternampak ketulan darah yang saiznya hampir sebesar bola pingpong di atas lantai. Dalam hati saya berkata, kalau saya tidak lakukan posisi itu tadi, mungkin juga ketulan darah tersebut masih lagi berada di tempatnya. Mashaallah.
Kenyataannya, rawatan di hospital tidaklah sesempurna yang kita sangka dan harapkan. Semoga anda mendapat sesuatu dari cerita saya itu tadi.
SALAM KASIH MESRA!
~ Thank You ~
selain ada kebaikan tertentu pada pergerakan solat , pergerakan solat juga satu senaman ... thanks berkongsi .
ReplyDeleteTERIMA KASIH..KAK OZIE.
ReplyDeletePENGAJARAN YANG BAIK UNTUK SAMA-SAMA KITA KONGSIKAN...
Perkngsian yg sgt baik kak Ozie.. t kasih.
ReplyDelete