Monday, December 4, 2017

* CERITERA ALAM ~ CANTIK KE BERCERMIN MATA?

Ketika pandangan masih tajam, penglihatan masih normal, 'jeles' lah sangat tengok orang bercermin mata. Saya fikir seronok juga mata rabun ni. Dapat pakai 'spek' cantik-cantik, mahal-mahal. Sekejap bentuk itu, sekejap bentuk ini. Kadang besar kadang kecik. Bertukar-tukar warna lagi. Maklumlah berbagai fesyen dan bentuk cermin mata terdapat di pasaran sekarang ini. Walaupun kita sedia maklum dengan keadaan ekonomi negara tika ini, namun demi untuk kelihatan lebih cantik dan nampak hebat, tetap ramai yang sanggup berbelanja lebih hanya kerana sebuah cermin mata. Yalah kann... Nak kelihatan cantik, cermin mata pun kenalah cantik juga. Hehee...

Bila usia semakin meningkat, tanpa diminta rabun tu datang juga akhirnya. Tak pula rasa risau atau takut. Bila saat hendak membaca, mula perasan, pandangan dah mula kabur, apalagi terus sahaja pergi ke kedai cermin mata buat membeli 'mata kedua' ni walaupun rabunnya taklah seteruk mana. Wah! Happy sesangat dapat pakai 'spek'. Cantiklah konon. Rasa bertambah pula aura 'bijak' tu. Macam cikgu-cikgu pula rasanya. Hihii...

Tak sampai beberapa bulan bercermin mata, prapppp... Alamak! Patahlah pulak bingkainya. Ter'landing' atas 'spek' sendiri. Pergi lagi ke kedai buat 'spek' yang baharu. Lagi beberapa bulan, prappp... pecah pulak kantanya. Aduh! Duit lagi. Kali ni tempah yang lebih murah harganya. Mulalah terasa 'leceh' pakai 'spek'. Nak jaga 'harta' yang satu ni susah rupanya. Dalam masa 15 tahun sudah lebih 10 kali bingkai dan kanta cermin mata bertukar ganti. Macamana ni? Belum lagi masalah cermin mata selalu tertinggal atau hilang. Buang masa berjam-jam dan kadang berhari-hari nak mencari. Seisi rumah jadi mangsa 'arahan segera' untuk 'pencarian cermin mata' saya yang hilang. Macam nak menangis kalau tak jumpa sebab susah nak membaca buku atau message di screen handphone. Maklum ada rabun dekat juga. Dalam hati, kalau tak rabun kan ke bagus. Pulak dah... Tulah kita manusia ni kann... Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Dah begini nak begitu. Dah begitu nak begini pulak. Banyak 'cekadak' kata budak-budak sekarang. Hahaa...

Semakin bertambahnya angka usia, kita dah tak ada pilihan lain. Cermin mata terpaksa juga kita pakai. Patah, pecah, bengkok, hilang, jatuh atau tertinggal, tu perkara yang akan terus kita lalui, rasa dan tanggung sampai kita tak ada lagi kat dunia ni. Itulah teman akrab mata kita selagi kita perlukannya. Bertukar ganti jenis dan rupa, itu pasti. Terima kasih cermin mataku. Kerana 'kamu' aku masih boleh menimba ilmu. Ajak 'kamu' sama-sama membaca buku.

Pengajarannya, hargai apa yang kita ada sekalipun ia kecil dan tidak bernyawa. Belajar menjaga dan memelihara sekalipun ia kurang berharga. Sesungguhnya, setiap yang wujud di dunia tetap ada fungsinya.
Sekian.


Terima kasih kerana membaca.


.....................................................................................

IZZ YUSRA
Secret of love


INSPIRED PERFUME

3ml = RM 15 sebotol(4 botol free postage)

★Pati wangian
★Tahan lama
★Hampir 100 jenis bau
★Tanpa alcohol

♡Agent diperlukan!

WhatsApp: 019 284 3625
wasap.my/60192843625/izzyusra


No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...