Pada saya, bau wangi atau wangi-wangian adalah antara terapi terbaik dan paling mudah didapati serta mudah juga kita bawa kemana-mana malah tidak langsung membebankan dari segi saiz mahupun harganya. Apalagi jika kita bijak memilih bentuk botol atau bau yang sesuai dan serasi dengan 'hidung' kita. Terdapat beribu-ribu jenis bau dalam dunia ni. Jadi, masakan tidak ada 1 pun yang sesuai atau serasi dengan deria bau kita. Kita mungkin boleh kata, 'saya tidak suka minyak wangi'. Tapi cuba cari dulu sampai berjumpa dengan bau yang benar-benar serasi dan buat kita 'bahagia'.
Sebagai manusia kita tak akan pernah dapat 'jauh' dari perasaan sedih. Mungkin banyak faktor yang akan menjerumuskan kita ke arah perasaan yang satu ini. Terkadang kita terpaksa laluinya sendirian tanpa ada sesiapa di sisi untuk meluahkan. Untuk saat begini salah satu yang dapat membantu adalah bau harum dari minyak wangi. Cuma perlu sembur atau calitkan sedikit pada tubuh kita. Hmm... Tenang rasanya jiwa. Ok! Jom kita cuba.
Saja nak cerita, 'Perfume' atau minyak wangi ni sudah semakin sebati dengan diri saya malah menjadi 'teman' walau kemana saja saya pergi. Bukan 1, kadang 2 dan mungkin 3 botol perfume yang berlainan bau, saya simpan dalam beg tangan. Bila perlu saya akan gunakan. Tak perlu harap orang lain dapat menghidunya tapi cukuplah saya sendiri yang dapat menikmati baunya. Berapa kali semburan atau calitan dalam sehari jangan ditanya. Itu rahsia saya. Hehee.....
Dengan itu kesimpulannya minyak wangi adalah terapi yang dapat mengurangkan stress disamping menjadikan kita lebih berkeyakinan dan berasa selesa kerana kita mungkin bebas dari bau yang kurang menyenangkan. Tak gitu?
Akhir kata, bau wangi juga adalah anugerah dari Allah kan? Jadi, mengapa tidak kita nikmatinya dengan niat yang baik sahaja.
Sekian.
Salam Wangi
~ Suri Sutera
~ Suri Sutera
.....................................................................................
IZZ YUSRA
Secret of love
★Inspired Perfume
★Exclusive Perfume
★Limited Edition
★Air Freshener/Car Perfume
Secret of love
★Inspired Perfume
★Exclusive Perfume
★Limited Edition
★Air Freshener/Car Perfume
Agent diperlukan!
Modal serendah RM147(SM)
WhatsApp:
wasap.my/60192843625/izzyusra
WhatsApp:
wasap.my/60192843625/izzyusra
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA