Sunday, October 20, 2019

* IDOLA ~ TUAN MOHD SUKUR IBRAHIM

OKU TAPI OK

Definisi 'hebat' dari rangka fikir saya dan anda juga mungkin. Orang yang hebat tidak semestinya orang yang berpelajaran tinggi dan sempurna sifat atau fizikalnya. Orang hebat adalah mereka yang sentiasa bersyukur dan redha dengan kekurangan diri, berusaha memajukan diri sendiri dan sentiasa berazam untuk menjadi insan terbaik, tidak mengharap bantuan serta tidak menyakiti hati orang lain malah dengan ikhlas hati membantu mereka yang memerlukan. Orang yang hebat juga redha dengan setiap ujian dan tidak ada dalam kamus hidupnya makna 'putus harapan'.

Semestinya mereka yang punyai ciri-ciri ini mampu menyentuh hati kita dan seterusnya menjadi contoh buat memulihkan kembali semangat yang kadang kala bagai air sungai yang akan tetap kekal dengan situasi lazim yakni pasang dan surutnya.

SUKUR IBRAHIM satu nama yang tidak asing lagi di pendengaran sesiapa juga. Melihatnya, kita mengakui sebenar benarnya kekuasaan Allah Yang Maha Menjadikan. Untuk kesekian kalinya terbit lagi dalam diri, rasa keinsafan setiap kali sisipan wajah insan hebat terpapar dipandangan.

Sungguh beruntung saya kerana ditakdirkan beberapa kali bertemu dengan insan istimewa ini. Tidak pernah saya anggap remeh dengan setiap pertemuan yang Allah aturkan buat diri ini. Biarpun seketika, saya yakin, ada 'sesuatu' yang hendak Allah beri. Bukan kemampuan saya untuk mengkaji namun saya tahu pasti ada banyak hikmah di sebalik semua yang terjadi. Justeru, gerak fikiran saya tidak terus terhenti setakat ini saja, maka dikesempatan waktu yang ada, saya cuba memikirkannya semula agar saya terus istiqomah dalam usaha memperbaiki diri dan jiwa.

Tuan Sukur memang sangat hebat di mata saya. Tak habis fikir bagaimana dia mampu menjadi sehebat itu sedangkan kekurangan itu jelas di mata kita. Sungguh malu rasanya saya yang jauh lebih sempurna dari segi sifat dan fizikal tapi belum lagi berada di tahap di mana dia sekarang ini berada. Mungkin belum tiba masanya atau mungkin juga bukan rezeki saya.

Walau apapun, selagi masih bernyawa, kita masih ada peluang dan kesempatan. Maka, mari kita lakar dan tanam seberapa banyak pun impian untuk kita temui apa yang dikatakan kejayaan.

Akhir kata mari sama-sama kita doakan agar Tuan Sukur terus istiqomah dalam usahanya dan berjaya mencapai cita-cita dan impian seterusnya. Amin. 

TAKDIR ITU ANUGERAH

Bersama Tuan Sukur Ibrahim dan
rakan-rakan yang hebat.



Salam sukses!
*Suri Sutera

~ Terima kasih ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...